top of page

AHLI LEMBAGA WARIS AMANAH (Tadbir) MELANCAR AKTIVITI PENERANGAN (WEBINAR) PENGURUSAN DASAR & PANDUAN

29 April 2022


Setelah menilai dan memerhati pelaksanaan Silat Seni Gayong yang rata-rata anggota yang dilantik sebagai ahli pengurusan badan-badan Lembaga Adat-Istiadat, Majlis Gurulatih pada peringkat negeri, dan tidak kurang juga pada peringkat gelanggang (gurulatih gelanggang), tidak mempunyai pengetahuan tentang bagaimana badan tadbir pusat, negeri, daerah dan gelanggang berfungsi sebagai sebuah entiti organisasi.

Dengan maklumat dan dasar-dasar yang dirumuskan dan dipersetujui pada peringkat pusat, khususnya melalui sidang-sidang ALWA, maka pihak pentadbiran, iaitu ALWA (T) mengambil inisiatif untuk mengadakan penerangan melalui atas talian, Webinar semenjak bulan April 2022. Di samping itu, tujuan mengadakan aktiviti ini juga adalah untuk menyemai semangat kesatuan dan kebersamaan, serta melicinkan jentera pentadbiran dalam dan antara badan-badan pada semua peringkat dalam kadar yang lebih segera.

Diingatkan bahawa Silat Seni Gayong bermula pada 1942 dan kemudiannya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan pada tahun 1963, namun pada tahun 2022 kemajuan pemahaman pelaksanaan tidak berubah. Ahli dan murid masih mempersoalkan isu-isu asas.


ALWA (T) telah membangunkan modul-modul atas pelbagai tajuk yang bermotifkan untuk merungkai isu dan menjelaskan dasar-dasar pengurusan asas. Modul-modul yang telah disediakan ialah seperti berikut. Modul lain-lain tajuk sedang dibangunkan:

  • Adat dan Adab Silat Seni Gayong

  • Struktur Organisasi Pusat dan Negeri

  • Sandang dan peranannya

  • Struktur Badan Adat

  • Pengendalian mesyuarat

  • Penyediaan kertas kerja


Pengurusan negeri di ditawarkan untuk memilih tajuk dan menjadi hos kepada sesi masing-masing negeri. Pihak ALWA (T) menyediakan pemudahcara (penceramah) dan nota-nota rujukan. Urus setia memberi pilihan untuk hos memilih hari Sabtu atau Ahad. Setiap sesi bermula pada jam 2.30-4.30 petang. Pengurusan negeri diminta untuk menghubungi urus setia sekiranya berhasrat untuk menganjurkan sesi.


bottom of page