top of page

BERITA

27 April 2022


Ahli Lembaga Waris Amanah PSSGM telah mengadakan Sidang Ke 9 nya pada 20 April 2022 secara atas talian. Badan penasihat kepada Waris Amanah ini, terus memainkan peranannya memantau pelaksanaan dasar dan mengemukakan dasar-dasar baru bagi menentukan badan-badan seliaannya berada di landasan yang ditetapkan. Untuk tujuan ini maka, Lembaga Adat-Istiadat Kebangsaan (LAIK), Majlis Gurulatih Kebangsaan (MGK), Pentadbiran PSSGM, Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia dan Pertubuhan Watis Kerabat ADMAR melapor di sidang tersebut dan mendapat pandangan serta teguran dari Lembaga.


Antara isu yang dibangkitkan pada Sidang, ialah ramai yang mempersoalkan kekanan di antara badan PSSGM, LAIK dan MGN yang perlu diberi keutamaan. Pengurusan PSSGM berpendapat bahawa pihak berkenaan bahawa badan PSSGM adalah mengatasi kepentingan kedua-dua badan yang lain atas sebab badan tersebut yang memegang kunci kepada membolehkan Silat Seni Gayong bergerak berlandaskan kehendak undang-undang negara.


Sidang berpandang dalam isu yang dinyatakan bahawa Pengurusan LAIK, MGK danh dan PSSGM perlu bersikap terbuka dalam mengendalikan gerakan masing-masing. Tiada keperluan untuk membandingkan badan manakah yang lebih kanan kedudukannya. Masing-masing organisasi adalah pelengkap di antara satu dengan lain.


Badan Adat adalah pembina jati diri, Majlis Gurulatih menyebarkan pengajaran, manakala PSSGM pengesah kewujudan Silat Seni Gayong sebagai badan berdaftar. Ketiga-tiga badan ini haru bekerjasama untuk mengangkat Silat Seni Gayong sebagai sebuah entiti yang lengkap dan menyeluruh. Melalui Adat seseorang itu layak jadi murid, melalui Majlis Gurulatih murid belajar silat dan melalui PSSGM murid silat layaK jadi ahli Pertubuhan.



17 Mac 2022

Pertubuhan Seni Gayong Bersatu (PSGB) telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 6 Oktober 2021. pada awal mulanya adalah dari sebuah pertubuhan aliran Seni Gayong yang didaftarkan di Chicago, Amerika Syarikat pada tahun 1991 di bawah nama United States Gayong Federation (USGF). Pendaftaran ini telah diluluskan oleh “Secretary of States of Illinois, USA” dengan nombor pendaftaran: N-7193-673-2.


Dr Sheikh Shamsuddin (Cikgu Sam) telah ditauliahkan oleh Al-marhum Cikgu Razali Saleh 31 tahun yang lalu untuk menyebarkan ilmu Gayong ke seluruh Amerika Syarikat. Beliau telah berjaya membawa Silat Seni Gayong masuk ke Universiti College of Dupage di Chicago sebagai 1 mata pelajaran dengan 1 jam kredit. Ini bermakna, Silat Seni Gayong adalah Silat Melayu yang pertama yang berjaya menembusi Universiti di Amerika Syarikat. Kelas Silat Seni Gayong ini yang ditadbirurus oleh USGF Amerika masih bergerak aktif di sehingga ke hari ini.


Demi mencari identiti sendiri di tanah kelahiran Silat Seni Gayong dan pada masa yang sama mencari persamaan dengan USGF Amerika, maka tertubuhnya Pertubuhan Gayong Amerika Malaysia (USGF Malaysia) yang didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (ROS) Malaysia pada bulan April 2018 dengan nombor pendaftaran: PPM 011-10-25042018 dan juga telah diluluskan sebagai sebuah PERTUBUHAN peringkat KEBANGSAAN. Pertubuhan ini telah berjaya menubuhkan cawangan di Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.


Pada 27 Feb 2022, PSGB telah mengadakan mesyuarat Agung Pertama bagi memilih Jawatankuasa Pengurusannya selepas mendapat kelulusan (ROS). Pn Siti Zubaidah Hussin hadir bagi mewakili Pn Hjh Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman, Waris Zuriat Silat Seni Gayong, merasmikan Mesyuarat Agung PSGB. Hj Mohd Anuar Abdul Hamid Ahli Waris Lembga Waris Amanah PSSGM, Abd Rais Abd Rahman Imam Khalifah PSSGM WPKL dan beberapa orang pimpinan PSSGM WPKL dan Selangor turut hadir bagi memeriah dan meraikan majlis atas jemputan pengurusan PSGB.


4 Feb 2022


ISG berhasrat untuk melanjutkan semula USAHA Almarhum Dato’ Meor dalam memperkasakan GAYONG sebagai sebuah Pusat Pengajian Tinggi yang menganjurkan Program Pensijilan Diploma Gayong yang diusahakan pada tahun 1957 yang lalu.


Cuma di zaman ini kita kena membuat KERJASAMA dengan UNIVERSITI agar DIPLOMA EKSEKUTIF GAYONG mendapat tempat dalam KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA.


Diploma Eksekutif Gayong adalah usaha pertama yang akan membuka JALAN untuk diiktirafkan kepada DIPLOMA PENUH bagi tujuan kerjaya anak-anak Gayong pada masa depan.

Headline 1
bottom of page