top of page

MESYUARAT AGUNG PERTAMA PERTUBUHAN SENI GAYONG BERSATU

17 Mac 2022

Pertubuhan Seni Gayong Bersatu (PSGB) telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 6 Oktober 2021. pada awal mulanya adalah dari sebuah pertubuhan aliran Seni Gayong yang didaftarkan di Chicago, Amerika Syarikat pada tahun 1991 di bawah nama United States Gayong Federation (USGF). Pendaftaran ini telah diluluskan oleh “Secretary of States of Illinois, USA” dengan nombor pendaftaran: N-7193-673-2.


Dr Sheikh Shamsuddin (Cikgu Sam) telah ditauliahkan oleh Al-marhum Cikgu Razali Saleh 31 tahun yang lalu untuk menyebarkan ilmu Gayong ke seluruh Amerika Syarikat. Beliau telah berjaya membawa Silat Seni Gayong masuk ke Universiti College of Dupage di Chicago sebagai 1 mata pelajaran dengan 1 jam kredit. Ini bermakna, Silat Seni Gayong adalah Silat Melayu yang pertama yang berjaya menembusi Universiti di Amerika Syarikat. Kelas Silat Seni Gayong ini yang ditadbirurus oleh USGF Amerika masih bergerak aktif di sehingga ke hari ini.


Demi mencari identiti sendiri di tanah kelahiran Silat Seni Gayong dan pada masa yang sama mencari persamaan dengan USGF Amerika, maka tertubuhnya Pertubuhan Gayong Amerika Malaysia (USGF Malaysia) yang didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (ROS) Malaysia pada bulan April 2018 dengan nombor pendaftaran: PPM 011-10-25042018 dan juga telah diluluskan sebagai sebuah PERTUBUHAN peringkat KEBANGSAAN. Pertubuhan ini telah berjaya menubuhkan cawangan di Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.


Pada 27 Feb 2022, PSGB telah mengadakan mesyuarat Agung Pertama bagi memilih Jawatankuasa Pengurusannya selepas mendapat kelulusan (ROS). Pn Siti Zubaidah Hussin hadir bagi mewakili Pn Hjh Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman, Waris Zuriat Silat Seni Gayong, merasmikan Mesyuarat Agung PSGB. Hj Mohd Anuar Abdul Hamid Ahli Waris Lembga Waris Amanah PSSGM, Abd Rais Abd Rahman Imam Khalifah PSSGM WPKL dan beberapa orang pimpinan PSSGM WPKL dan Selangor turut hadir bagi memeriah dan meraikan majlis atas jemputan pengurusan PSGB.


Comments


bottom of page