top of page

BERITA

12 Mac 2020


ree

Dalam usaha untuk menggerakkan bidang adat di negeri Perak, Badan Adatnya telah bersidang dan bersetuju melantik bagi mengisi jawatan Khlaifah Besar, Ketua Beradat, Khalifah Kanan, Khalifah dan Khalifah Mudanya. Walaupun Badan Adat Perak masih belum dapat melengkapkan keseluruhan penjawat-penjawat jawatan adatnya, namun pihak berkenaan mengambil langkah mengisi ruang yang ada dahulu. Faktor utama badan tersebut tidak dapat mengisi kesemua jawatan adalah kerana Perak tidak mempunyai calon berkelayakan yang mencukupi. Langkah ini diharap akan menjadi permulaan dan seterusnya meningkat kepada usaha melengkapkan pegawai adat di negeri tersebut.


YBhg Datuk Hj Mohd Haniff Haji Koslan, Timbalan Imam Khalifah Agong merangkap Yang Dipertua PSSGM telah menyampaikan sandang kepada penerima-penerima. Majlis yang telah diadakan pada 8 Mac 2020 di Pusat Latihan KRS (PULARES) di Batu Gajah, turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Waris Amanah, YBg. Dato’ Ismail Jantan dan Tuan Haji Mohd Anuar Abdul Hamid, dan Cgu Sazali Dato’ Meor Abdul Rahman dan Puan Syahirah Kartini Dato’ Meor Abdul Rahman.

11 Mac 2020


Bagi memantapkan pengurusan organisasi pegawai-pegawai yang dilantik mestilah melalui proses lantikan yang jelas disamping ditentukan tugas mereka secara khusus. Dalam masa yang sama juga dinyatakan akan tarikh bermula kuasa menjalankan tugas dan tarikh tamat (tempuh). Langkah ini dapat meningkatkan kualiti pengurusan terutamanya dalam menimbulkan keyakinan ahli dan agensi-agensi luar kepada organisasi. Amalan melantik orang-perseorangan melalui lafas atau lisan dalam mesyuarat tanpa diikuti dengan proses pengesahan rasmi (legitimate evidence) menggambarkan pentadbiran yang lemah. Rangkaian proses yang perlu dilalui ialah:

  1. Pencalonan

  2. Sokongan

  3. Lantikan

  4. Aku Janji

  5. Watikah

Pencalonan


Pencalonan seseorang juntuk memegang jawatan hendaklah merupakan pihak yang akan menerima perkhidmatan dari pihak yang dicalon. Pencalonan itu sebaiknya datang dari sebuah badan atau kumpulan yang mempunyai autoriti untuk membuat sedemikian. Justeru perlu di teliti dahulu siapkah yang mencalonkan sebelum memberipertimbangan sokongan atau kelulusan.


Sokongan


Pihak yang memberi sokongan adalah satu badan atau orang perseorangan yang diberi kuasa untuk membuat keputusan menyokong pencalonan yang dikemukakan. Pertimbangan dibuat berdasarkan kepada fakta-fakta (kritiria) seperti pengalaman, pengetahuan, jasa, keperibadian dan sebagainya. Maklumat-maklumat ini mungkin diperolehi dari laporan, , pemerhatian dan juga fakta-fakta yang dikemukakan oleh pencalon.


Lantikan


Setelah melalui proses pencalonan dan mendapat sokongan, maka urus setia yang bertanggungjawab seharusnya mengeluarkan surat lantikan, iaitu mengisytiharkan calon telah dicalonkan, dan mendapat sokongan untuk memegang sesuatu jawatan. Surat lantikan dikeluarkan dengan menyatakan:

  1. Nama jawatan yang dilantik

  2. Tempoh lantikan (tarikh mula dan tamat)

  3. Syarat pengguguran jawatan

Aku Janji

Sijil Aku Janji diwujudkan adalah bukti calon bersetuju menerima lantikan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Tidak menandatangan Sijil Aku Janji juga membawa maksud tidak bersetuju memegang jawatan yang dilantik. Justeru jawatan tersebut akan ditawarkan kepada calon lain.


Watikah

Watikah adalah merupakan dokumen mengesahkan calon memegang jawatan yang ditawarkan dan ditandatangani oleh pendaftar jawatan yang berkaitan. Dokumen ini adalah bersifat opsyenal, kerana surat lantikan sudah memadai sebagai bukti perlantikan jawatan. Namun begitu amalan penyerahan watikah tetap dilakukan bagi pemegang-pemegang jawatan adat seperti pemegang sandang berjawatan, Wakil Perlimau, Ahli Lembaga Waris Amanah dan sebagainya. Watikah adalah merupakan unsur yang membawa kepada rasa keyakinan dan kebanggaan kepada sipenerima jawatan, justeru dipercayai dapat menimbulkan rasa harga diri dan komitmen menjalankan tanggungjawab.

2 Mac 2020


Di gelanggang Pancalusa Klang, Selangor pada 1 Mac 2020 telah diadakan kursus Dalang Mandi Minyak. Kursus ini telah dipimpin oleh Cikgu Haji Mohd Sani Haji Morni. Seramai 3 orang gurulatih telah berjaya menamatkan kursus dan telah menerima watikah masing-masing. Gurulatih-gurulatih yang berjaya ialah:


  1. Ibrahim Rejab

  2. Mohd Hafizul Ayob

  3. Suzlina Kamarudin


Headline 1
bottom of page