top of page

ADUAN KEGIATAN GAYONG KEPADA POLIS

24 Mac 2020


Sukar difahami kenapa ada aduan kepada pihak polis dilakukan oleh anak Gayong bagi menghalang kegiatan Silat Seni Gayong sedangkan kegiatan yang dianjurkan adalah untuk kesejahteraan dan perkembangunan Silat Seni Gayong. Kursus Lembing telah dilaksanakan pada 18 Jan 2020, 8 Feb 2020 dan 22 Feb 2020 dan Majlis Badan Adat Negeri KL Putrajaya pada 16 Feb 2020.


Atas sebab aduan yang dibuat oleh PSSGM KL Putrajaya, PDRM telah menghantar anggotanya untuk menyiasat Kursus Lembing. Walaupun begitu pegawai yang menyiasat mendapati bahawa aduan yang dikemukakan tidak berasas dan diputuskan kes tersebut sebagai konflik dalaman.


Walaupun tiada anggota PDRM yang datang menyiasat perjumpaan anjuran BAN KL Putrajaya, namun ancaman dibuat oleh pihak SUA untuk melaporkan perjumpaan tersebut kepada PDRM atas alasan panggilan tidak sah kerana mengguna letterhead yang tidak sah, maka perhimpunan tersebut adalah perhimpunan haram. Sedangkan perjumpaan tersebut diadakan untuk menyelesaikan pertikaian di antara Pentadbiran, Adat dan Majlis Gurulatih. Persoalannya ialah kenapa pihak Pentadibran tidak mengguna pendekatan yang lebih bijak dan positif iaitu menegur dan kemudian diikuti dengan memberi sokongan kepada usaha yang dilakukan kerana inisiatif yang diambil adalah untuk tujuan kebaikan.


Bugar dan suburkanlah semangat sokong menyokong diantara satu dengan lain. Jangan dijadikan perkara mikro dan teknikal sebagai unsur menghalang kemakmuran, keharmonian dan kecemerlangan Gayong Malaysia. Dimana perginya bai’ah taat setia seGayong di antara kita.


COGAN KATA ANAK GAYONG

Segayong, Sekendi, Seperigi, Seminum, Sejalan,

Sejadi, Sedarah, Sedaging, Sepadu

Commentaires


bottom of page