top of page

BERITA

10 Feb 2020



Waris kerabat yang diketuai oleh Hajah Siti Fadzillah Dato’ Meor Abdul Rahman telah mengambil langkah untuk menubuhkan secara rasmi Majlis Waris Kerabat. Tujuan menubuhkan badan ini ialah untuk menjaga kepentingan dan hak intelektual karya ciptaan Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman. Ini termasuklah adat-istiadat, pelajaran, logo, sejarah, bendera, dan lain-lain yang berkaitan.


Dalam urusan ini Waris kerabat berhasrat untuk mengangkat peranan badan ini kepada peringkat sebagai badan berdaftar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi memastikan badan tersebut dikendalikan dengan berdasarkan kepada akta dan undang-undang yang diperuntukan. Mesyuarat yang telah diadakan pada 8 Feb 2020 di Melaka telah menubuhkan sebuah jawatankuasa penaja untuk menguruskan pendaftaran badan tersebut.


Waris kerabat telah menetapkan bahawa ahli kepada Majlis ialah ahli keluarga, anak-anak angkat Dato’ Meor dan Ahli Kehormat, iaitu terdiri dari orang perseorangan yang ditunjuk oleh Hajah Siti Fadzillah dan disokong oleh keluarganya.

8 Feb 2020



Berlangsungnya Persidangan Majlis Waris Keluarga ADMAR (MWK ADMAR) di Tun Fatimah Riverside Hotel,Melaka bersama Yayasan Kebajikan Gayong (YKGM) 8hb Feb 2020 - antara agenda mesyuarat Pembangunan Baik Pulih Rumah Pusaka ADMAR Air Kuning Taiping , Perak, majlis diserikan dengan perlantikan Ahli Majlis Waris Kerabat ADMAR kepada Datuk Hj Zainal Hj Sakom dan Datin Hjh Hartini Hj Osman serta Datuk Hj Mohd Haniff Hj Koslan .

6 Feb 2020

Bagi mempertingkatkan kecekapan perolehan Sijil Perlimau Tapak dan Seni, gurulatih digalakkan mengurus sendiri untuk mendapat bekalan. Pesanan hendaklah dibuat terus kepada urus setia Lembaga Beradat Kebangsaan (LBK). Pesanan boleh dibuat melalui whatsapp dengan membekalkan maklumat-maklumat berikut:


  1. Senarai nama murid (L/P)

  2. Nama gelanggang

  3. Tempat majlis diadakan

  4. Tarikh majlis

  5. Nama gurulatih (dan alamat pos)

  6. Nama Wakil Perlimau

Kerja cetakan sijil akan dibuat sebaik sahaja urus setia menerima maklumat pengesahan pembayaran dibuat (resit ATM, elektronik bangking atau tunai). Maklumat-maklumat di atas akan dicetak terus ke atas sijil dan gurulatih akan memperolehinya (pos) dalam tempuh 14 hari sebaik pengesahan bayaran diterima. Kadar bayaran sijil ialah RM 5.00 sekeping. Justeru jumlah bayaran yang dikenakan adalah mengikut sifir berikut - RM 5.00 x bilangan sijil + RM 8.00 (caj pos).

Headline 1
bottom of page