top of page

BERITA

14 Dis 2019


Dua orang Pegawai Pelapis Perlimau telah memenuhi syarat ujian dan kelayakan kursus pada 14 Dis 2019. Pegawai ini layak untuk dilantik sebagai pembantu Pegawai Perlimau berwatikah untuk menjalankan acara. Mereka walau bagaimanapun tidak dibenarkan menjalan acara tanpa seliaan oleh Pegawai Perlimau. Tuan Haji Mohd Sani Morni dan Cgu Mohd Ezhar Abas telah menjalankan acara ujian dan kursus pada peringkat akhir ini.


Para peserta kursus Pegawai Pelapis yang lain diminta untuk melengkapkan syarat 4 kali latihan medan sebelum boleh dipertimbangkan menerima sijil tamat kursus. Peserta-peserta ini dibenarkan untuk merujuk dan berguru kepada Pegawai-pegawai Perlimau berwatikah yang lain (selain dari penal pelatih) bagi memenuhi syarat yang dinyatakan

12 Dis 2019


Sehingga ke hari ini Lembaga Beradat Kebangsaan telah mengatur beberapa langkah bagi meningkatkan kualiti pengurusan acara Perlimau pada peringkat gelanggang dan pengurusan pada peringkat pusat. Tujuan langkah ini diambil ialah bagi menentukan supaya tiada lagi kejadian murid Silat Gayong tidak menjalani acara tersebut. Semua ahli komuniti Silat Gayong maklum bahawa acara Perlimau melibatkan perkara dasar dalam menyemai jati diri mereka yang berminat mempelajari silat ini. Perkara asas yang menjadi amalan dalam acara ini ialah:

  1. Akad - perakuan penerimaan guru-murid

  2. Doa - mendoakan keselamatan murid

  3. Ikrar - perakuan taat setia murid

  4. Mandi - membersihkan diri untuk menerima ilmu

Langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan kecekapan pengurusan ialah dengan:

  1. Melatih dan melantik Pergawai Perlimau berdasarkan keperluan

  2. Mewujudkan dasar lantikan bertempuh kepada setiap pegawai yang dilantik

  3. Pengeluaran watikah bertempuh kepada pegawai yang dilantik

  4. Menyediakan panduan secara bertulis bagi mengendali acara

  5. Mengeluarkan sijil pengesahan perlimau kepada murid yang menjalani acara

  6. Mewujudkan sistem kutipan yuran dan saluran penyerahan mudah

  7. Menyediakan laman (page) khas dalam web (gayongadat.com) bagi semakan semua pihak yang memerlukan maklumat - senarai Pegawai Perlimau, penyerahan kutipan yuran, panduan acara perlimau dan senarai pengeluaran sijil

11 Dis 2019


Pada 7 Dis 2019 yang lalu Briged Gayong UMK telah menyampaikan sandang kehormat Gayong kepada YBhg. Prof Dato’ Ts Noor Azizi, Naib Canselor UMK sebagai menghargai sokongan berterusan Prof Dato’ terhadap pelaksanaan briged. Di majlis itu juga disampaikan sandang khas kepada kadet-kadet yang cemerlang mengikut kriteria yang ditentukan oleh pihak pengurusan briged.


Turut hadir di majlis ialah Ahli Lembaga Waris Amanah Gayong Malaysia En Sazali Salleh @ Dato’ Meor Rahman dan Tuan Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid di samping pegawai-pegawai adat Gayong Malaysia Kelantan dan Gayong Pusaka Kelantan. Kesempatan berada di Kota Bharu, Hj Anuar telah mengadakan perbincangan pada 8 Dis 2019 dengan pimpinan Briged Gayong berkaitan dengan aktiviti pembangunan briged, dan pada hari yang sama juga telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Imam Khalifah Negeri Kelantan bagi mendapat gambaran berhubung dengan pengurusan adat negeri.

Headline 1
bottom of page