top of page

TENTUKAN SEMUA MURID SILAT SENI GAYONG DIPERLIMAUKAN

12 Dis 2019


Sehingga ke hari ini Lembaga Beradat Kebangsaan telah mengatur beberapa langkah bagi meningkatkan kualiti pengurusan acara Perlimau pada peringkat gelanggang dan pengurusan pada peringkat pusat. Tujuan langkah ini diambil ialah bagi menentukan supaya tiada lagi kejadian murid Silat Gayong tidak menjalani acara tersebut. Semua ahli komuniti Silat Gayong maklum bahawa acara Perlimau melibatkan perkara dasar dalam menyemai jati diri mereka yang berminat mempelajari silat ini. Perkara asas yang menjadi amalan dalam acara ini ialah:

  1. Akad - perakuan penerimaan guru-murid

  2. Doa - mendoakan keselamatan murid

  3. Ikrar - perakuan taat setia murid

  4. Mandi - membersihkan diri untuk menerima ilmu

Langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan kecekapan pengurusan ialah dengan:

  1. Melatih dan melantik Pergawai Perlimau berdasarkan keperluan

  2. Mewujudkan dasar lantikan bertempuh kepada setiap pegawai yang dilantik

  3. Pengeluaran watikah bertempuh kepada pegawai yang dilantik

  4. Menyediakan panduan secara bertulis bagi mengendali acara

  5. Mengeluarkan sijil pengesahan perlimau kepada murid yang menjalani acara

  6. Mewujudkan sistem kutipan yuran dan saluran penyerahan mudah

  7. Menyediakan laman (page) khas dalam web (gayongadat.com) bagi semakan semua pihak yang memerlukan maklumat - senarai Pegawai Perlimau, penyerahan kutipan yuran, panduan acara perlimau dan senarai pengeluaran sijil

bottom of page