top of page

BERITA

10 Okt 2019


Surat Pekeliling Adat Bil 4/2019 bertarikh 20 Julai 2019 telah memaklumkan akan dasar pelaksanaan Sijil Perlimau Tapak dan Sijil Perlimau Seni kepada semua anak Silat Seni Gayong yang menjalani acara Perlimau. Dalam hubungi ini, Lembaga Beradat Kebangsaan juga mengeluarkan sijil-sijil yang berkaitan dengan acara adat sebagai penggalakkan penyertaan murid Silat Gayong menyertai acara-acara dyang dikendalikan oleh Badan Adat Negeri. Sijil-sijil yang disediakan termasuklah:


# Sijil Penghargaan (sebarang acara adat) - RM 5.00

# Sijil Penyertaan (sebarang acara adat) - RM 5.00

# Sijil Sandang - RM15.00

# Sijil Perlimau Tapak - RM 5.00

# Sijil Perlimau Seni - RM 5.00


Pesanan sijil-sijil boleh dirujuk atas tajuk Sijil di dalam laman web: www// gayongadat. Tempoh bekalan sebarang pesanan ialah 14 hari dari tempahan dan bayaran diterima oleh Lembaga Beradaqt Kebangsaan. Setiap cetakkan akan dilengkapkan dengan nama penerima (sekiranya maklumat dibekalkan oleh pemohon diborang permohonan berkaitan)

9 Okt 2019


Kursus yang dijadualkan pada 14 Sept 2019 di Taman Melawati, Kuala Lumpur yang ditangguhkan pelaksanaannya akan dikendalikan pada 2 Nov 2019. Tempat dan jadual (1000-1600) kekal sepertimana yang dimaklumkan. Tuan Haji Mohd Anuar Abdul Hamid selaku fasilitator utama kursus berkenaan meminta supaya peserta yang terlibat (seorang dari setiap negeri) mengambil maklum Tarikh yang dinyatakan bagi merancang pergerakan masing-masing.


Badan Adat Negeri diingatkan supaya peserta yang dipilih untuk mengikuti kursus ini adalah dalam mereka yang memegang sandang Ketua Beradat atau Khalifah Kanan sekurang-kurangnya. Kursus akan dikendalikan secara perbengkelan. Peserta diminta untuk membawa Bersama Buku Peraturan Adat Istiadat (Cetakan 2017 Terbitan LBK PSSGM). Buku tersebut akan dijadikan rujukan disamping nota-nota yang akan disediakan oleh pihak penganjur.

7 Okt 2019


Lembaga Beradat Kebangsaan selaku badan yang dilantik oleh Dato’ Paduka Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Rahman, Wakil Mutlak Silat Seni Gayong Malaysia, akan mengatur perjumpaan pertamanya bagi merancang pembangunan Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong Malaysia, pada 26 Okt 2019 jam 1500. Perjumpaan ini akan diadakan di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Perkara-perkara yang akan disentuh ialah:


✔ konsep desain

✔ pembentukan Jawatankuasa Projek (Task Force)

✔ menubuhkan tabung dana pembiayaan

✔ mewujudkan dokumen persefahaman penggunaan tanah

✔ merangka pengurusan program dan aktiviti pusat latihan


Antara mereka yang akan dilibatkan dalam perbincangan ini ialah Dato’ Haji Mohd Haniff Haji Koslan, Dr Abdul Mufti Hj Ansari, Dato’ Ismail Jantan, Rosman Ismail, Sulaiman Sharif dan Rizal Husin. Berdasarkan kepada pandangan-pandangan yang akan dikemukakan, sebuah kertas kerja akan disediakan sebagai blue print projek. YBhg Dato’ Hajah Fadzilah berhasrat untuk melihat tanah pusaka Dato’ Meor Rahman ini digunakan untuk menyemarakkan perkembangan Silat Seni Gayong Malaysia.

Headline 1
bottom of page