top of page

RANCANGAN PEMBINAAN PUSAT LATIHAN TERTINGGI BERMULA

Updated: Dec 22, 2019

7 Okt 2019


Lembaga Beradat Kebangsaan selaku badan yang dilantik oleh Dato’ Paduka Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Rahman, Wakil Mutlak Silat Seni Gayong Malaysia, akan mengatur perjumpaan pertamanya bagi merancang pembangunan Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong Malaysia, pada 26 Okt 2019 jam 1500. Perjumpaan ini akan diadakan di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Perkara-perkara yang akan disentuh ialah:


✔ konsep desain

✔ pembentukan Jawatankuasa Projek (Task Force)

✔ menubuhkan tabung dana pembiayaan

✔ mewujudkan dokumen persefahaman penggunaan tanah

✔ merangka pengurusan program dan aktiviti pusat latihan


Antara mereka yang akan dilibatkan dalam perbincangan ini ialah Dato’ Haji Mohd Haniff Haji Koslan, Dr Abdul Mufti Hj Ansari, Dato’ Ismail Jantan, Rosman Ismail, Sulaiman Sharif dan Rizal Husin. Berdasarkan kepada pandangan-pandangan yang akan dikemukakan, sebuah kertas kerja akan disediakan sebagai blue print projek. YBhg Dato’ Hajah Fadzilah berhasrat untuk melihat tanah pusaka Dato’ Meor Rahman ini digunakan untuk menyemarakkan perkembangan Silat Seni Gayong Malaysia.

Recent Posts

See All
PENGELUARAN SIJIL ADAT

10 Okt 2019 Surat Pekeliling Adat Bil 4/2019 bertarikh 20 Julai 2019 telah memaklumkan akan dasar pelaksanaan Sijil Perlimau Tapak dan...

 
 
KURSUS PEGAWAI ADAT NEGERI

9 Okt 2019 Kursus yang dijadualkan pada 14 Sept 2019 di Taman Melawati, Kuala Lumpur yang ditangguhkan pelaksanaannya akan dikendalikan...

 
 
bottom of page