top of page

BADAN ADAT PENERAJU HALATUJU GAYONG

7 Nov 2019

Tanpa kita sedari bahawa pengurusan yang melakar perjalanan Silat Seni Gayong ialah Badan Adat. Keseluruhan pengurusan silat ini adalah bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan pengendalian hal-hal pentadbiran, kewangan, pelajaran dan adat-istiadatnya. Peranan ini adalah tanggungjawab Badan Adat. Struktur personel dan jawatan yang diwujudkan dari Imam Khalifah Agong sehinggalah pengurusan Lembaga Beradat Kebangsaan pada peringkat pusat, dan dari Imam Khalifah negeri sehinggalah Khalifah Muda dan pengurusan Lembaga Beradat Negeri pada peringkat negeri, dalam badan tersebut adalah untuk mendokong tangunggungjawab yang dinyatakan.


Pada peringkat Badan Adat Negeri, bidang tanggungjawab yang dinyatakan (pentadbiran, kewangan, pelajaran dan adat-istiadat) diterjemahkan kepada fungsi 4 Khalifah Besar. Justeru Khalifah Kanan mengawal, mengawas dan melaporkan 4 perkara ini yang berlaku di gelanggang di daerah-daerah kawalannya. Khalifah pula melapor perkara yang sama bagi gelanggang-gelanggang di daerah (1) kawalannya, dan Khalifah Muda mengawal, mengawas dan melapor 4 aktiviti yang dinyatakan yang berlaku di gelanggangnya. Lembaga Beradat Negeri hendaklah tanpa gagal memastikan fungsi-fungsi ini dilaksanakan oleh badan dan majlis yang dibentuk sempena dengan usaha ini.


Badan Adat pada peringkat pusat pula dikendalikan bersama dengan Lembaga Waris Amanah. Mesyuarat Lembaga Waris Amanah turut dihadiri (atas jemputan) Imam Khalifah Agong, Timbalan Imam Khalifah Agong dan Waris Mutlak. Tanpa pimpinan (Imam, Timbalan Imam dan Waris Mutlak) persidangan Badan Adat akan diteruskan dengan perbincangan oleh Ahli-ahli Lembaga Waris Amanah dan keputusan-keputusan dibuat akan disampaikan kepada pihak berkenaan dan dilaksanakan oleh pengurusan-pengurusan seterusnya. Saluran penyampaian akan dilakukan oleh Lembaga Beradat Kebangsaan.

bottom of page