top of page

BERITA

26 Mei 2026


Mesyuarat AJK PWK Ke-3 pada 7 Mei 2026 yang lalu masih membincangkan bahawa ramai yang belum menyerahkan Fidyah Perlimau kepada Waris Mutlak mengikut catatan Bendahari. Walaupun beberapa peringatan telah diberikan berdasarkan dasar yang dinyatakan oleh ADMAR dalam Surat Pewarisan yang dikeluarkan bertarikh 8 September 1989, masih terdapat pihak yang tidak mematuhi arahan tersebut.


Kesan daripada pelanggaran arahan ini boleh menjejaskan status seseorang sebagai murid ADMAR kerana sanad ilmunya diragui.


Gurulatih Silat Gayong diingatkan bahawa sekiranya Fidyah Perlimau sebanyak RM11.50 (Perlimau Tapak) atau RM21.50 (Perlimau Seni) tidak diserahkan kepada Waris Mutlak, maka gurulatih yang bertanggungjawab dianggap telah mengkhianati muridnya. Murid yang terbabit juga akan terputus sanad ilmunya.



11 Mei 2026


Alhamdulillah, selesai sudah urusan solat jenazah dan pengebumian Allahyarham Cikgu Ibrahim Mohd Yatim.


Turut hadir memberikan penghormatan terakhir barisan cikgu-cikgu lama Gayong antaranya Cg Alias, Cg Yusuf, Cg Selamat, Cg Mufti, Cg Rais, Cg Rosman, Cg Kamaruddin, Cg Halim dan Cg Khir yang merupakan antara insan yang pernah menerima didikan dan merasa sendiri air tangan Allahyarham dalam dunia Silat Seni Gayong.


Turut hadir sama Cg Salahuddin, Cg Tajuddin, Cg Wan Shade, Cg Zul Sawa serta anak-anak Gayong dari Kuala Lumpur dan Selangor khususnya anak-anak Gayong Gombak.


Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat dunia Silat Seni Gayong, khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor. Allahyarham juga dianggap antara tokoh dan guru utama yang banyak mencurah ilmu, mendidik serta membentuk generasi pesilat dan gurulatih Gayong sejak puluhan tahun dahulu.


Semoga segala jasa dan pengorbanan Allahyarham menjadi amal soleh yang berpanjangan. Moga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosanya, melapangkan kuburnya, menghimpunkan beliau bersama orang-orang yang beriman serta memasukkan Allahyarham ke dalam syurga yang kekal abadi.


Al-Fatihah.



Petikan dari laman Facebook PSSGM WP Kuala Lumpur & Putrajaya https://www.facebook.com/share/18qgBwJ4Ky/

Headline 1
bottom of page