top of page

CATATAN & REKOD PERJALANAN PERTUBUHAN SELEPAS PENTADBIRAN PSSG MEOR RAHMAN, 1991

25 Mac 2023



22hb Oktober 1963


Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (PPP)Johore Bahru (ROS) KDN 1963-1996, Surat perakuan pendaftaran pertubuhan (form 3) no. Rujukan: Ref: R. Of S.667/62/9.

ARS/J. 1316/62.

The Societies (regulation) Rules. 1953 (Rule 6)

Section 5 of the societies Ordinance 1949.

Pertubuhan Silat Seni Gayong.

No. 2382, Jalan Yahya Awal, Johor Bahru, Johor.

Registration No. 361 (Johore).

Register of Societies department: CHIN HON HIAN


27hb Januari 1971


Taiping, Air Kuning, Perak, Pelancaran Balai Rong Seri sebagai Balai Adat Gayong dan Pusat Latihan Tertinggi PSSGM dan serantau dirasmikan oleh DYMM Paduka Sultan Idris Syah.


Dengan ini, Badan Adat Gayong merupakan organisasi yang terpenting dan mengawal perjalanan majlis pentadbiran pertubuhan dan Majlis Guru-guru diseluruh peringkat Negeri, cawangan serta gelanggang Silat Seni Gayong. Datuk Bakar Shaari telah dilantik oleh Mahaguru sebagai Pengerusi Lembaga Beradat Gayong peringkat Kebangsaan. Badan pentadbiran adat negeri-negeri dikembangkan dengan tauliah wakil perlimau diberikan pada wakil mahaguru disetiap negeri. Badan Penapis Amanah dibentuk yang ahlinya dilantik oleh Mahaguru sendiri dari wakil setiap negeri-negeri.


(Rujukan peraturan 30 hingga peraturan 38. buku pelembagaan PSSGM 1971 hingga pindaan 1991)


23hb Jun 1991


Datuk Meor Abdul Rahman selaku Mahaguru, Yang Di Pertua Pertubuhan Seumur Hidup.


Kuasa pelantikan dan pemutus Adat, Guru-guru dan Jurulatih serta pelajaran Silat Seni Gayong, Kuasa mutlak tertinggi Pertubuhan telah pulang ke Rahmatullah. (Beliau telah melantik Tiga (3) orang sebagai penyambung hak mutlak perjuangan dalam pelajaran, adat istiadat dan mentadbir pertubuhan selaku Waris Amanah melalui surat bertarikh 1987 kepada En. Mohd Razali bin Hj Mohd Salleh dan surat bertarikh 8hb September 1989 kepada Puan Rokiah Bt Naning @ Meor Abd Rahman dan Haji Ahmad bin Lazim).


07hb April 1996


Mesyuarat Agong Perwakilan PSSGM 1996 (Akta Pertubuhan 1966)

Tempat: Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur

Dirasmikan Oleh: YB Dato’ Haji Zainal bin Dahalan

YDP: Puan Siti Kalsom (Rokiah bte Naning @ Meor Abd Rahman- Waris Amanah)

TYDP: Dr. Haji Ahmad bin Lazim (Waris Amanah)

Mesyuarat Agung Pertubuhan dijalankan dengan rujukan Peraturan dan Perlembagaan PSSGM Pindaan 1995. Seorang Yang Di Pertua dan seorang Timbalan Yang Di Pertua Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah dari salah seorang Waris Amanah Silat Seni Gayong. (Rujukan peraturan 12 dan peraturan 32 buku peraturan & Perlembagaan PSSGM pindaan 1995)


*Haji Mohd Razali bin Haji Mohd Salleh (Waris Amanah) telah kembali ke Rahmatullah ketika menunai Haji di tanah suci Mekah pada Julai 1995.



PERALIHAN KE STATUS BADAN SUKAN

AKTA PEMBANGUNAN SUKAN (APS KBSM 1997- 2012)


05hb Mei 1997


Saranan KBSM dibawah Menteri KBSM, Dato’ Azalina Othman Said supaya semua badan seni mempertahankan diri termasuk badan seni silat mendaftar dengan pejabat pesuruhjaya sukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.


06hb Julai 1998


Setiausaha Agung En. Mustapha Kamal menghantar permohonan pendaftaran baru pertubuhan sebagai sebuah Badan sukan dibawah pesuruhjaya sukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBSM).


Nota:

Tindakan SU menghantar permohonan pendaftaran tanpa mendapatkan mandat dan persetujuan dari majoriti ahli-ahli majlis perwakilan tahunan serta persetujuan dan nasihat kepada YDP Puan Rokiah binti Naning @ Siti Kalsom Meor Rahman menjadi polimik bantahan ahli-ahli.



31hb Julai 1998


Sijil Perakuan Pendaftaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia sebagai badan Sukan telah diluluskan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997, Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Pendaftaran Badan Sukan) 1998.

Pengarah Pesuruhjaya Sukan Malaysia : Dato’ Ahmad Bakri Shabdin


05hb Julai 1999


Kedudukan pendaftaran badan Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan (Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia) Bahagian Negeri dan Daerah. Rujukan surat Pesuruhjaya Sukan Malaysia: PPS.06 /01 /68(20) bertarikh 5hb Julai 1999.


Pesuruhjaya Sukan Malaysia:

Pegawai pengesahan sijil, Zainah Shariff.


10hb Julai 1999


Mesyuarat Agung Tahunan 1999 PSSGM kali-1 (dibawah APS 0149/98)

Tempat: Kompleks Belia dan Sukan Kampung Pandan, Kuala Lumpur

Dirasmikan Oleh: YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin

Membentuk Barisan AJK bagi tahun 2000- 2003

YDP : Puan Siti Kalsom bte Meor Rahman @ bte Naning (Waris Amanah, ruj. Surat pewarisan 8.9.1989).

Tim. YDP: Dr. Ahmad Bin Lazim(Waris Amanah, ruj. Surat pewarisan 8.9.1989)


14hb Disember 2003


Mesyuarat Agung kali-2 PSSGM APS 0149/98

Lokasi: Kuala Lumpur International Hotel, Jalan Raja Muda, KL

Melantik barisan AJK bagi tahun 2003- 2005

YDP : Puan Siti Kalsom Bte Meor Rahman @ bte Naning (Waris Amanah, ruj. Surat pewarisan 8.9.1989)

Tim YDP: Dato’ Dr. Haji Ahmad bin Lazim (Waris Amanah, ruj. Surat pewarisan 8.9.1989)



10hb Disember 2005


Mesyuarat Agung kali-3 PSSGM APS 0149/98

Perlaksanaan mesyuarat mengunakan perlembagaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Pindaan 1995 kerana Perlembagaan baru (mengikut peraturan Akta Pembangunan Sukan – APS 0149/98) belum mendapat kelulusan Pesuruhjaya Sukan.

Mesyuarat khas bagi membentuk Barisan JawatanKuasa AJK bagi tahun 2007- 2009.

YDP : Puan Siti Kalsom Bte Meor Rahman @ bte Naning(Waris Amanah, ruj. Surat pewarisan 8.9.1989).

TYDP: Tiada penyandang (Haji Ahmad bin Lazim telah kembali ke Rahmatullah.)



6hb Februari 2007


YDP PSSGM Puan Rokiah bt. Naning @ Meor Abd Rahman (Siti Kalsom, Waris Amanah, ruj. Surat pewarisan 8.9.1989) kembali ke Rahmatullah). Jawatan YDP, dipangku Naib 1, En. Adivijaya Abdullah. (beliau tidak pernah dilantik sebagai Waris Amanah oleh Mahaguru).


Manakala,

Allahyarhammah Siti Kalsom tidak sempat melantik barisan tujuh(7) ahli Lembaga Waris Amanah (ruj. Surat pewarisan 8.9.1989) bagi meneruskan kesinambungan hak mutlak perjuangan pewarisan adat istiadat yang diamanahkan oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman.


25hb November 2008


Permohoanan Pindaan Perlembagaan PSSGM APS 0149/98 dan kebenaran menukar Nama/ Alamat/ pindaan undang-undang/ undang-undang baru telah di luluskan oleh PesuruhJaya Sukan, KBSM. Surat bertarikh 25/11/2008.


21hb November 2009


Mesyuarat Agung kali-4 PSSGM (APS 0149/98)

Perlaksanaan mesyuarat mengunakan perlembagaan baru yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan, KBS Malaysia.

Membentuk barisan AJK bagi tahun 2009 – 2012

YDP: En. Adiwijaya bin Haji Abdullah

Tim. YDP: Tiada lantikan


PERALIHAN SEMULA KE PENDAFTARAN PERTUBUHAN JPPM (ROS)

JPPM (ROS) KDN 2013 - 2019


07hb November 2012


Surat Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia berkaitan makluman persetujuan perbincangan antara PPM, PJS dan PESAKA agar semua badan seni silat yang berorientasikan kesenian dan kebudayaan silat melayu, disarankan untuk di daftarkan semula di bawah Akta Pertubuhan 1966, Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. No. Rujukan surat: PPM.161. PERT 8.6 (18)

06hb Januari 2013


Mesyuarat Agung kali-5 PSSGM APS 0149/98

Membentuk barisan AJK bagi tahun 2014 – 2017

YDP: Datuk Adiwijaya bin Haji Abdullah

Nota: AGM mendapat bantahan ahli-ahli cawangan-cawangan dan Negeri

22hb Februari 2013


Surat arahan dari pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPS) kepada semua badan silat supaya mendaftar kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPPM). Surat bertajuk Pendaftaran Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966 kepada Setiausaha Agung PSSGM APS 0149/98.

Rujukan: Surat PPS.05/10/35 JLD 6 (287)

08hb April 2013


Puan Mariam memohon pendaftaran PSSGM melalui sistem e-roses Jabatan Pendaftaran

Pertubuhan Malaysia. Menyenaraikan barisan AJK penaja dan membuat bayaran yuran pendaftaran sebanyak Tiga Puluh Ringgit (RM30) di pejabat pendaftar pertubuhan Malaysia.

09hb April 2013


Sijil Perakuan Pendaftaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) diluluskan dan didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan bahawa nombor pendaftaran ialah PPM-010-04-09042013.

Pengesahan pegawai pendaftar Pertubuhan Malaysia: Dato’ Abdul Rahman bin Othman.

27hb Mei 2013


Sijil Pendaftaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) diluluskan dan didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan bahawa nombor pendaftaran ialah PPM-02-10-27052013.

Pertubuhan ini (PSSGMK) didaftarkan oleh En. Adiwijaya Abdullah di pejabat pendaftar pertubuhan Malaysia negeri Selangor.

03hb Jun 2013


Permohonan Pindaan Perlembagaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia PPM-010-04-09042013 di luluskan dan disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Nota: Rangka pindaan perlembagaan tidak dibawa ke persidangan Perwakilan untuk dibincang dan dipersetujui sebelum diluluskan oleh ahli-ahli majlis perwakilan tahunan.

23hb Ogos 2013


Catatan Menteri Dalam Negeri bertarikh 23/08/2013, arahan kepada Ketua Pengarah Ros “kebenaran supaya di luluskan untuk diteruskan kelulusan dan ketepikan pembatalan”.

(Rujukan Surat ROS, no.ruj: PPM-010-04-09042013 MEL/KSA0008/13, bertarikh 26hb Julai 2013.)

Nota: Pihak Setiausaha telah mengunakan nama Ibu Hajjah Siti Fadzilah Meor Rahman Waris Zuriat Mahaguru bagi mendorong sokongan Menteri apabila mengemukakan pemohon sokongan kelulusan kepada Menteri Dalam Negeri (DS Zahid Hamidi)

05hb September 2013


JPPM dan PSM bermesyuarat pada 5hb Sept 2013 berkaitan surat PPS.01/0149/98 JLD.1 (16) bertarikh 20/09/2013 dan surat PPS.05/10/35 JLD.6 (237) bertarikh 22hb Feb 2013 bahawa pendaftaran dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997 bagi persatuan / pertubuhan yang berorientasikan kesenian dan kebudayaan orang melayu adalah terbatal.

05hb September 2013


Mesyuarat Ahli Jawatankuasa membincangankan peraturan perlembagaan merujuk kepada Fasal 29 dan 30. Pelantikan ahli lembaga Waris Amanah hendaklah dari kalangan Waris Amanah (Pemegang Amanah) yang dilantik oleh Mahaguru. Memandangkan ketiga-tiga Pemegang Amanah yang dilantik Oleh Mahaguru telah pulang ke Rahmatullah, mesyuarat bersetuju merujuk kepada anakanda

Mahaguru Hajjah Siti Fadzilah Meor Rahman yang juga merupakan waris zuriat sebagai waris sah Mahaguru bagi melantik ahli-ahli Lembaga waris amanah Pertubuhan silat seni Gayong Malaysia seramai tujuh(7) orang.

22hb Jun 2014


Mesyuarat Agung perwakilan PSSGM kali-1 ( PPM-010-04-09042013)

Lokasi: Dewan Kompleks Belia Dan Sukan, Wilayah Persekutuan K.lumpur.

Perlantikan barisan AJK bagi tahun 2014/2016

YDP : Ybhg Datuk Ismail bin Haji Jantan

Tim YDP: Tuan Haji Mohd Anuar bin Abdul Hamid

26hb September 2015


Mesyuarat Agung Dwi Tahunan PSSGM 2015

Lokasi: Kompleks Belia dan Sukan Kg Pandan KL

Dirasmikan oleh: Ybhg Dato’ Paduka Hajah Siti Fadzilah Meor Rahman YDP : Datuk Ismail bin Haji Jantan

29hb Oktober 2016


Mesyuarat Agung perwakilan Kali-2 (PSSGM PPM-010-04-09042013)

Lokasi: Dewan Indah, Hotel Flamingo, Ampang Selangor.

Dirasmikan oleh: YB Tan Sri Haji Noh bin Omar (MKBPKT)

Melantik barisan AJK bagi tahun 2016 /2018

YDP : Ybhg Datuk Haji Mohd Haniff bin Haji Koslan

Tim YDP: Datuk Ismail bin Haji Jantan


30hb September 2017


Mesyuarat Agung Dwi Tahunan PSSGM 2017

Lokasi: Dewan Seri Tanjung, UPSI, Tanjung Malim, Perak

Dirasmikan: Dato’ Paduka Hajah Siti Fadzilah Meor Rahman

YDP : Ybhg Datuk Mohd Haniff bin Haji Koslan

Resolusi mesyuarat: Menolak sebarang usaha untuk menyerahkan tampuk kepimpinan PSSGM kepada pentadbiran PSSGMK dan mesyuarat sebuat suara mempertahankan Datuk Mohd Haniff Koslan sebagai YDP PSSGM yang sah.



25 Januari 2020


Kes COVID-19 yang pertama di Malaysia telah disahkan pada 25 Januari 2020 yang melibatkan para pelancong dari China yang tiba di Johor melalui Singapura.


31 Mac 2020


Ekoran daripada peningkatan jumlah kes yang mendadak pada bulan Mac 2020, kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020 di seluruh negara. PKP yang sepatutnya tamat pada 31 Mac 2020 telah dilanjutkan ke beberapa bulan seterusnya. Seluruh aktiviti dan pergerakan Seni Silat telah terhenti.

1 April 2022


Fasa 'Peralihan ke Endemik' yang menyaksikan lebih banyak kelonggaran dalam pelbagai sektor bagi membolehkan rakyat kembali ke kehidupan hampir normal selepas lebih dua tahun berperang dengan COVID-19. Pembukaan semula sempadan selepas endamik cov 19. mulai 1 April 2022 serta pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial serta pembukaan sempadan negara akan dilaksanakan dengan selamat setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan serta meneliti syor daripada pelbagai pihak berkepentingan.

27 Mac 2021


Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR telah mengadakan mesyuarat agung kali pertamanya setelah berjaya mendapat kelulusan pendaftaran dari ROS pada 20 Oktober 2020. Walaupun setelah 2 kali merancang untuk mengadakan mesyuarat agung sebaik mendapat kelulusan pendaftaran kerana terhalang oleh pelaksanaan PKP, akhirnya pihak pengurusan terpaksa memilih mengadakan mesyuarat melalui sidang video pada tarikh yang dinyatakan.

Jawatan Pengurusan yang dilantik, telah mengadakan mesyuarat pada 23 Mei 2021 bagi menyelaraskan tindakan-tindakan menyediakan laporan kepada ROS dan merancang membuka akaun, membangunkan takwim pengurusan serta memulakan urusan mendaftarkan harta intelek ADMAR. Mesyuarat kali ke 2 jawatankuasa akan diadakan pada bulan Ogos 2021.

26 Sept 2021


Persidangan ALWA Ke 8 telah diadakan melalui sidang video pada 26 Sept 2021.

Sepertimana biasa, sidang ini adalah bertujuan untuk mengikuti perkembangan aktivitiaktiviti yang dikendalikan oleh Lembaga Adat-Istiadat Kebangsaan, Majlis Gurulatih Kebangsaan, Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia dan Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia dan dalam masa yang sama menimbang cadangan-cadangan pelaksdasanaan dasarasar baru.

Puan Siti Zubaidah Hussin turut hadir bagi mewakili bondanya Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman, Waris Amanah Silat Seni Gayong Malaysia. Sidang Ke 8 ALWA pada 26 Sept 2021 memperakui bahawa Waris Amanah PSSGM wajar dikembalikan kepada waris zuriat Dato’ Meor Abdul Rahman setelah meninggal dunia ke semua Waris Amanah yang dilantik. Justeru dalam hal ini, Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman selaku waris tunggal anak kandung Dato’ Meor dan pewaris bengkung Harimau Pelangi Agong Mahkota (Harimau

Pelangi Sakti Cula VII) Silat Seni Gayong selayaknya mewaris kembali tanggungjawab penerusan silat ayahandanya. Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman adalah Waris Amanah Silat Seni Gayong Malaysia.


20 April 2022


Sidang Ahli Lembaga Waris Amanah kali ke-9, pada 20 April 2022 secara atas talian. Badan penasihat kepada Waris Amanah ini, terus memainkan peranannya memantau pelaksanaan dasar dan mengemukakan dasar-dasar baru bagi menentukan badan-badan seliaannya berada di landasan yang ditetapkan. Untuk tujuan ini maka, Lembaga Adat-Istiadat Kebangsaan (LAIK), Majlis Gurulatih Kebangsaan (MGK), Pentadbiran PSSGM, Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia dan Pertubuhan Watis Kerabat ADMAR melapor di sidang tersebut dan mendapat pandangan serta teguran dari Lembaga.

Sidang berpandang dalam isu yang dinyatakan bahawa Pengurusan LAIK, MGK danh dan PSSGM perlu bersikap terbuka dalam mengendalikan gerakan masing-masing. Tiada keperluan untuk membandingkan badan manakah yang lebih kanan kedudukannya. Masingmasing organisasi adalah pelengkap di antara satu dengan lain.


21 Mei 2022


Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR telah mengadakan Majlis Minum Petang Bersama Waris Zuriat pada 21 Mei 2022 di Kelab Shah Alam, Shah Alam, Selangor. YBhg Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman dan anakandanya Pn Siti Zubaidah Hussin telah meraikan 25 orang tetamu yang terdiri di antaranya dari pimpinan dan wakil pertubuhan-pertubuhan Gayong Malaysia, Gayong Pusaka, Gayong Nusantara dan Gayong Malaysia Kebangsaan.






bottom of page