top of page

ELAKKAN PERKARA ADAT DISENTUH SECARA DETAIL DALAM PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

13 September 2019


Ketetapan telah diambil dalam Persidangan Khas Lembaga Waris Amana pada 8 Sept. 2019 supaya untuk menimbangkan perkara-perkara adat dalam Perlembagaan Pertubuhan hanya menyentuh perkara kewujudan Waris Mutlak, Lembaga Waris Amanah, Lembaga Beradat dan Majlis Gurulatih, dan pelaksanaanya hendaklah dirujuk kepada Buku Peraturan Adat. Ini adalah bertujuan untuk mengelak kuasa-kuasa badan-badan ini terhakis. Seboleh yang mungking biarlah hal adat dan gurulatih mempunyai kebebasan untuk bergerak atas landasan dan keputasannya.


Meletakkan perkara mikro hal adat akan menyebabkan perkara-perkara berkaitan perlu dirujuk dan dibentang kepada jawatankuasa pusat pentadbiran (AMJA) untuk mendapat sokongan dan kelulusan. Ini akan mewujudkan senario Waris Amanah kena mengambil tapak kepada AMJA untuk melakukan sesuatu. Tidak dinafikan kuasa tertinggi PSSGM adalah AMJA, namun diingatkan bahawa kuasa itu datangnya dari Perlembagaan, iaitu yang digarap dan dibangunkan untuk pengurusan ahli-ahli pertubuhan yang berdaftar. Murid Gayong dan ahli Pertubuhan adalah dua entiti yang mempunyai hak eksklusif masing-masing.

bottom of page