top of page

MENYERTAI SKIM KHAIRAT MEMBANTU WARIS

3 Feb 2021


Pada tahun lalu (2020) dan baru-baru (2021) ini pihak Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia dapat maklum kematian murid dan gurulatih Silat Seni Gayong. Pihak Yayasan merasa amat simpati kerana tidak upaya membantu sekurang-kurangnya dalam perkara mengurangkan beban kepada waris menguruskan pengkebumian murid dan gurulatih yang berkaitan.


Atas rasa tanggungjawab inilah Yayasan telah mewujudkan skim khairat kematian untuk semua murid Silat Seni Gayong dan ahli keluarga masing-masing, malah skim ini ditawarkan juga kepada semua aliran Silat Seni Gayong sepertimana yang diumumkan dalam berita terdahulu.


Yayasan maklum bahawa terdapat skim khairat yang sama juga ditawarkan oleh badan-badan kebajikan lain seperti persatuan penduduk, persatuan kebajikan di tempat kerja, masjid dan surau. Yayasan juga maklum bahawa kutipan (derma kilat) boleh dilakukan jika berlaku kematian oleh rakan dan ahli keluarga untuk membantu mengurangkan beban perbelanjaan oleh waris yang tinggal. Namun begitu Yayasan sedar bahawa kadangkala terdapat kerumitan tertentu dari aspek kaedah dan juga jumlah dana yang dapat dikumpulkan. Justeru skim ini adalah merupakan pilihan yang ditawarkan oleh Yayasan demi menjaga kesejahteraan dan kebajikan murid, gurulatih dan ahli keluarga yang terbabit.


Pada kadar RM 20.00-RM 100.00 seorang/tahun bantuan akan diberi sebanyak RM 8,000 melalui skim ini. Pada kesempatan yang ada, rujuk butiran penyertaan pada lamanweb gayongadat.com di laman Yayasan Kebajikan Gayong dan sertailah skim yang ditawarkan. Allah SBT menjemput orang tersayang tanpa dapat diduga masanya.

bottom of page