top of page

PELANJUTAN DAN PELANTIKAN BARU JAWATAN UTAMA ADAT DAN JAWATAN ADAT NEGERI

5 Feb 2020

Lembaga Beradat Kebangsaan (LBK) telah mewujud dan melaksanakan dasar bahawa jawatan-jawatan adat yang disandang pada peringkat negeri dan pusat adalah bertempoh. Tempoh yang ditetapkan ialah 3 tahun bagi jawatan di negeri dan 5 tahun bagi jawatan di pusat. Justeru semua Lembaga Beradat Negeri diminta untuk merujuk rekod lantikan jawatan-jawatan berkaitan supaya prosedur lantikan dipatuhi.


Sekiranya terdapat jawatan penjawat telah tamat tempoh maka hendaklah dilantik semula atau diganti (sekiranya perlu). Pelantikan semula atau pelantikan baru hendaklah melalui pengeluaran surat lantikan baru dan diikuti dengan menanda tangan sijil Aku Janji (tanda setuju menerima jawatan). Jika pula berlaku penglibatan Jawatan Utama Adat, maka pelantikan semula atau baru perlu melalui prosedur merujuk sokongan Ahli Lembaga Waris Amanah dan ditunjuk oleh Waris Mutlak. Surat lantikan dan sijil Aku Janji (dibekal oleh pusat) akan dikeluarkan oleh pengurusan adat pada peringkat pusat.


Dengan demikian adalah diminta LBN untuk menyemak status pemegang-pemegang jawatan adat di negeri dan mengambil tindakan sepertimana yang dinyatakan. Sebarang pertanyaan hendaklah dirujuk kepada pihak urus setia LBK.

bottom of page