top of page

PENARIKAN SOKONGAN WARIS KERABAT

9 April 2023


Kebelakangan ini Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman, Waris Zuriat Silat Seni Gayong mendapati ada pihak yang tidak berpuas hati dan tidak mengiktiraf peranannya sebagai pewaris kepada badan Silat Seni Gayong (pewaris sandang Harimau Cula Sakti VII). Hajah Siti Fadzilah adalah juga merupakan Waris Amanah kepada Silat Seni Gayong Malaysia.


Perlu disedari bahawa dengan kedudukan yang dinyatakan, Waris Zuriat bertanggungjawab ke atas penerusan dan pengembangan Silat Seni Gayong, manakala peranan Waris Amanahnya melihat kepada penerusan dan pengembangan Silat Seni Gayong Malaysia. Dalam menyokong pengurusan Silat Seni Gayong Malaysia, Hajah Siti Fadzilah melantik (menunjuk) dan menyandang pemegang-pemegang Jawatan Utama Adat Pusat dan Jawatan Utama Adat Negeri.


Dengan demikian jika Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (Ahli Majlis Jawatankuasa Agung - AMJA) bersikap tidak berpuas hati dan tidak mengktiraf peranan Waris Zuriat dan Waris Amanah melalui dua (2) keping surat bertarikh 29 Januari 2023 rujukan Bil (10) dlm GM / WK2023 (1) dan surat bertarikh 13 Februari rujukan Bil (05) dlm GM / AT2023 (2), maka sokongan kepada Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia akan ditarik balik.


Segala penyampaian sandang adat dan pengeluaran watikah yang dikeluarkan tidak akan diiktiraf. Sehingga surat-surat yang dinyatakan ditarik balik dan kenyataan mohon maaf secara bertulis disampaikan kepada Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman, dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini, maka ketetapan tidak menyokong akan dilaksanakan.

bottom of page