top of page

PENGIKTIRAFAN WARIS AMANAH

23 Nov 2021


Sidang Ke 8 ALWA pada 26 Sept 2021 memperaku bahawa Waris Amanah PSSGM wajar dikembalikan kepada waris zuriat Dato’ Meor Abdul Rahman setelah meninggal dunia ke semua Waris Amanah yang dilantik. Justeru dalam hal ini, Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman selaku waris tunggal anak kandung Dato’ Meor dan pewaris bengkung Harimau Pelangi Agong Mahkota (Harimau Pelangi Sakti Cula VII) Silat Seni Gayong selayaknya mewaris kembali tanggungjawab penerusan silat ayahandanya. Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman adalah Waris Amanah Silat Seni Gayong Malaysia.


Perakuan ini perlu diselaraskan dan diperluaskan baik dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Perlembagaan PSSGM, Peraturan-Peraturan Kecil Lembaga Adat-Istiadat dan Majlis Gurulatih, dan dalam ucapan-ucapan majlis Silat Seni Gayong baik di gelanggang latihan dan acara-acara rasmi silat ini.


Pemilik Silat Seni Gayong adalah Dato’ Meor Abdul Rahman dan bengkung Harimau Pelangi Agong Mahkota melambangkan kuasa milik silat ini. Allahyarham Dato’ memasyurkan bahawa bengkung ini hanya diwariskan kepada keturunannya. Isu berkaitan dengan Waris Amanah mesti mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelajaran, adat-istiadat dan pentadbiran tidak timbul kerana Waris Amanah dibantu oleh 7 orang Ahli Lembaga Waris Amanah (rujuk surat warisan 8 Sept 1989). Anggota Lembaga ini dipilih dalam kalangan gurulatih yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan untuk berperanan sebagai penasihat perkara-perkara pelajaran, adat-istiadat dan pentadbiran kepada Waris Amanah.


bottom of page