top of page

BERITA

24 Nov 2021



Pengurusan lantikan jawatan adat telah diselaraskan samada pada peringkat kebangsaan mahupun pada peringkat negeri ditetapkan supaya ditamatkan pada 31 Disember. Dasar ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengurusan semakkan tamat tempuh dan seterusnya lantikan baru (atau semula). Perkara ini ada dinyatakan dalam Tatacara Lantikan Jawatan Adat.


Bersesuaian dengan permulaan pengurusan tahun 2022 adalah diminta dalam tempuh yang terdekat ini, semua Lembaga Adat Istiadat Negeri, dan juga jawatan adat pada peringkat pusat disemak bagi memastikan pemegang-pemegang jawatan adat pada peringkat masing-masing masih sah bagi pengurusan tahun 2022. Sekiranya terdapat pegawai-pegawai adat yang tamat tempuh perkhidmatan pada 31 Disember 2020, maka prosidur lantikan baru atau lantikan semula perlu diambil bagi memastikan pemegang jawatan mempunyai autoriti yang sah dalam menjalankan tugasnya.


Merujuk kepada Tatacara Lantikan Jawatan Adat, tempuh sah lantikan jawatan-jawatan utama adat (ALWA, KE, Pengerusi LAIK dan Pengerusi MGK) pada peringkat pusat ialah 5 tahun, manakala jawatan utama adat (IK, TIK, KE dan KB) dan lain-lain jawatan adat (KK, WKer, KKer, K, KM, Pengerusi LAIN dan MGN) pada peringkat negeri ialah 3 tahun. Penamaan pegawai-pegawai baru atau perlanjutan perkhidmatan pada peringkat negeri hendaklah dirujuk kepada Badan Adat Negeri. Nama-nama pemegang jawatan utama adat negeri setelah dinamakan hendaklah mendapat pengesahan Waris Amanah sepertimana jawatan-jawatan adat utama pada peringkat pusat.


Semua lantikan hendaklah disaokong dengan surat lantikah secara rasmi dan diikuti dengan menandatangan sijil Aku Janji sebagai persetujuan menerima jawatan dan atas syarat-syarfat yang dinyatakan.

23 Nov 2021


Sidang Ke 8 ALWA pada 26 Sept 2021 memperaku bahawa Waris Amanah PSSGM wajar dikembalikan kepada waris zuriat Dato’ Meor Abdul Rahman setelah meninggal dunia ke semua Waris Amanah yang dilantik. Justeru dalam hal ini, Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman selaku waris tunggal anak kandung Dato’ Meor dan pewaris bengkung Harimau Pelangi Agong Mahkota (Harimau Pelangi Sakti Cula VII) Silat Seni Gayong selayaknya mewaris kembali tanggungjawab penerusan silat ayahandanya. Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman adalah Waris Amanah Silat Seni Gayong Malaysia.


Perakuan ini perlu diselaraskan dan diperluaskan baik dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Perlembagaan PSSGM, Peraturan-Peraturan Kecil Lembaga Adat-Istiadat dan Majlis Gurulatih, dan dalam ucapan-ucapan majlis Silat Seni Gayong baik di gelanggang latihan dan acara-acara rasmi silat ini.


Pemilik Silat Seni Gayong adalah Dato’ Meor Abdul Rahman dan bengkung Harimau Pelangi Agong Mahkota melambangkan kuasa milik silat ini. Allahyarham Dato’ memasyurkan bahawa bengkung ini hanya diwariskan kepada keturunannya. Isu berkaitan dengan Waris Amanah mesti mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelajaran, adat-istiadat dan pentadbiran tidak timbul kerana Waris Amanah dibantu oleh 7 orang Ahli Lembaga Waris Amanah (rujuk surat warisan 8 Sept 1989). Anggota Lembaga ini dipilih dalam kalangan gurulatih yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan untuk berperanan sebagai penasihat perkara-perkara pelajaran, adat-istiadat dan pentadbiran kepada Waris Amanah.


Headline 1
bottom of page