top of page

PERLANTIKAN PANGLIMA HITAM DAN SINGA MALAYA

25 April 2023



Bagi tujuan keutuhan dan keaslian pelajaran, Silat Seni Gayong Malaysia telah mewujudkan dalam sistem pengurusannya, seorang pegawai dilantik di setiap negeri sebagai rujukan dan bertanggungjawab ke atas pelajaran silat perguruan ini. Pegawai ini dilantik dan adalah pemegang sandang Pelangi Hitam negerinya.


Sebagai orang yang dirujuk, maka kelayakan pemegang sandang ini hendaklah sekurang-kurangnya penyandang bengkung Harimau Pelangi Cula Sakti V. Dalam menjalankan tugasnya seorang Pelangi Hitam hendaklah pula melantik gurulatih kanan untuk diangkat dan diwatikahkan sebagai pakar kepada setiap pelajaran tangan kosong dan setiap pelajaran senjata asas. Majlis Gurulatih Negeri bertanggungjawab menamakan gurulatih kanan berkaitan dan hendaklah disokong oleh Badan Adat Negeri.


Sebuah badan yang disebut sebagai Majlis Pelangi Hitam hendaklah ditubuhkan pada peringkat kebangsaan. Seorang ketua dilantik bagi bertindak sebagai pengerusi kepada Majlis ini dan hendaklah dia seorang pemegang bengkung Harimau Pelangi Cula Sakti VI. Ketua ini adalah pemegang sandang Singa Malaya.


Penyampaian sandang ini hendaklah dikendalikan oleh Lembaga Adat-Istiadat, manakala pencalonannya dirujuk kepada Majlis Gurulatih. Bagi tujuan penyelarasan, jika ada negeri yang mempunyai lebih dari seorang pemegang sandang Pelangi Hitam, maka hendaklah Badan Adat Negeri tersebut memilih hanya seorang dari mereka, dan perlu dipastikan tiada lagi amalan melantik lebih dari seorang pemegang sandang ini dalam sesebuah negeri. Langkah yang sama juga akan diambil oleh Lembaga Adat-Istiadat Kebangsaan bagi menyelaras perlantikan pemegang sandang Singa Malaya.


Comentarios


bottom of page