top of page

BERITA

17 Jan 2021


Pihak ALWA (T) telah dimaklumkan bahawa anakanda Abu Hurairah Hussin anak ke dua Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman telah diserang oleh angin ahma pada anggota badan kirinya. Kejadian ini berlaku ketika anakanda Abu berada di rumah adiknya untuk menjemput anaknya pulang ke rumah pada petang 7 Nov 2020, telah dibawa ke Hospital Shah Alam, Selangor untuk mendapat rawatan.




Anakanda Abu yang baru kehilangan isterinya (meninggal dunia) akibat penyakit barah kini berada di rumah Hajah Siti Fadzilah di Seremban (Taman Teminang Jaya). Puan Zubaidah memaklumkan bahawa Abu kini menerima rawatan fisioterapi di hospital KPJ Seremban di samping mendapat rawatan urut dan akupuntur. Abu kelihatan beransur pulih, namun anggota yang terkesan stroke masih lagi lemah. Semoga Allah SWT memberi kekuatan iman kepada anakanda Abu.


Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda denga apa yang diberikan Allah dan Rasul Nya kepada mereka serta berkata, “Cukuplah Allah bagi kami, Allahakan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia Nya, dan demikian (pula Rasul Nya, sesungguhnya kami adalah orang berharap kepada Allah (tentulah yang demikian lebih baik bagi mereka)”


At-Taubah ayat 59


16 Jan 2021


Dijadualkan Persidangan LWA pada 2021 ialah pada bulan Mac dan September. Urus setia mengesyorkan persidangan yang terdekat diadakan pada 27 Mac 2021. Buat masa ini, dengan kemudahan kerjasama yang terjalin di antara pengurusan LWA Silat Seni Gayong dengan pengurusan Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur, sidang kali ini diadakan di premis tersebut.


Sepertimana biasa agenda peridangan akan menumpu kepada mendapat laporan tindakan oleh badan-badan dibawah pengurusannya ke atas ketetapan persidangan yang lalu dan juga memberi pandangan kepada cadangan dasar-dasar baru yang diusulkan. Pada persidangan yang lalu sebanyak 7 kertas pemakluman dan 8 kertas usul dasar baru telah dikemukakan.


Kali ini ALWA (Tadbir), jawatan yang diwujudkan oleh Waris Amanah untuk menentukan supaya LWA dapat melaksanakan fungsinya dengan lebih berfokus dan relevan dalam mengemudi perkembangan Silat Seni Gayong mencapai visi dan misinya, akan menyelaras pelaksanaan persidangan. Dengan permulaan langkah yang diambil pada persidangan yang lepas, dimana semua pelaporan dan cadangan usul hendaklah dikemukakan dalam bentuk dokumen yang jelas, maka persidangan kali ini akan dilaksanakan mengikut format yang sama. Format untuk menyediakan dokumen ini telah dimuatnaik ke dalam lamanweb gayongadat.com di laman Majlis Setiausaha (rujuk tajuk yang berkaitan).


Memo ALWA (T) bertarikh 13 Jan 2021 pemakluman persidangan telah diedarkan kepada semua ahli Majlis Setiausaha dan salinan kepada Waris Amanah, Timbalan Imam Khalifah Agung dan ALWA.


15 Jan 2021


Mesyuarat urus setia Muzakarah GPS pada 15 Jan 2021 mengesyorkan supaya pelaksanaannya ditangguhkan berikutan dari arahan terbaru pelaksanaan PKPP. Dalam keadaan yang tidak menentu ini, urus setia mendapati agak sukar untuk mengatur dan meyakinkan kehadiran ahli panel dan seterusnya kepastian tempahan logistik, sajian dan perkara-perkara yang berkaitan.


Mesyuarat bersedia untuk menangguhkan tarikh sehingga ke bulan Jun 2021 dengan menimbangkan terdapat aktiviti peringkat pusat pada bulan Februari dan Mac 2021, dan dalam masa yang sama sambutan bulan Ramadhan (15 April) dan Hari Raya Puasa, puasa sunat Syawal (tamat tempuh pilihan hari puasa 15 Jun). Dicadangkan tarikh tangguh ialah 19 Jun 2021.


Mesyuarat juga berpendapat supaya langkah dan tindakan sementara akan terus diambil bagi menjayakan dasar GPS. Antaranya termasuklah mengemaskan persembahan teks penulisan supaya bersifat buku bacaan, mendapat maklumat dan pandangan tambahan draf buku yang disediakan, dan melengkapkan panduan Tatacara Khatam Keris dan Tatacara Khatam Lembing. Dengan langkah yang diambil dijangka dapat menyelesaikan urusan penyediaan buku Panduan GPS melalui satu sesi Muzakarah sahaja.


Dalam masa terdekat, inisiatif akan diambil untuk mengumpul maklumat cadangan yang diperolehi bagi mengemaskan kandungan penulisan supaya lebih sesuai dengan kehendak syariat Islam. Inisiatif akan diambil oleh Tuan Haji Abdul Aziz Mohd Yatim. Maklumat yang diatur semula akan diserahkan kepada Tuan Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid dan Ibrahim Rejab melalui emel, dan dikuti dengan perbincangan melalui sidang video bagi meminda dan mengemaskan draf buku GPS.


Saranan-saranan yang dikemukakan ini akan dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa GPS, YBhg Dato’ Haji Zainal Abidin Haji Sakom dan SU LAIK, Muhammad Akramin Zikri Ali untuk mendapat pandangan dan tindakan yang bersesuaian.


Headline 1
bottom of page