top of page

BERITA

3 Feb 2022


Pada kebiasaannya sijil yang dikeluarkan oleh mana-mana organisasi mempunyai sekurang-kurangnya dua penanda tangan. Walaupun begitu tiada salah sekiranya terdapat lebih dari bilangan itu. Yang perlu diperhatikan sesuatu sijil itu mesti mempunyai tanda tangan PENDAFTAR dan tanda tangan PENGESAH BIDANG.


PENDAFTAR sesuatu sijil ialah orang yang memegang autoriti sesuatu organisasi pentadbiran. Iaitu orang yang bertanggungjawab menyimpan rekod pengeluaran sijil (no. siri). Sijil itu akan lebih bermakna jika organisasi itu adalah sebuah entiti yang diiktiraf oleh masyarakat seperti badan kerajaan atau NGO yang berdaftar kepada ROS atau ROC.


Sebaiknya sijil yang dikeluarkan hendaklah juga ditandatangan oleh PENGESAH BIDANG, iaitu orang yang mempunyai autoriti kepakaran (professional/teknikal). Orang ini diiktiraf mempunyai penguasaan luas dan tinggi dalam bidang yang diperaku pada sijil. Dalam masa yang sama, tiada larangan jika diberi ruang kepada badan yang memberi kerjasama atau penaja sesuatu program atau acara turut menurunkan tanda tangan di atas sijil.


Bagi pengurusan pengeluaran sijil-sijil Silat Seni Gayong, sijil yang dikeluarkan disarankan ditandatangani seperti berikut:


Kebangsaan

  1. Sijil Gurulatih dan Bengkung i. SUA ii. Pengerusi MGK

  2. Sijil Adat i. SUA ii. Pengerusi LAIK

  3. Sijil Penghargaan/Penyertaan i. SUA ii. Pengerusi JK Pengelola

Negeri

  1. Sijil Gurulatih dan Bengkung i. SU negeri ii. Pengerusi MGN

  2. Sijil Adat i. SU negeri ii. Pengerusi LAIN

  3. Sijil Penghargaan/Penyertaan i. SU negeri ii. Pengerusi JK Pengelola


Diingatkan bahawa perakuan sesuatu sijil yang dikeluarkan oleh organisasi bergantung kepada ruang kawasan pentadbirannya. Jika dikeluarkan oleh organisasi kebangsaan, maka perakuannya merentasi daerah dan negeri. Manakala jika sijil dikeluarkan oleh negeri, maka perakuannya hanya oleh negeri yang mengeluar kanya sahaja. Pegawai yang menandatangan PENGESAH BIDANG hendaklah menyatakan bengkung atau sandang berjawatannya masing-masing pada sijil yang ditandatangani. Adalah tidak sesuai pemegang bengkung atau sandang berjawatan menandatangan sijil yang setara atau lebih tinggi darinya.


Bagi penandatangan PENGESAHAN BIDANG sijil penghargaan atau penyertaan, bengkung atau sandang berjawatan yang dimiliki tidak perlu dinyatakan. Memadai mereakamkan sebagai Pengerusi AJK Pengelola.


Susunan penadatangan di atas sijil:


12 Jan 2022


Pemegang Jawatan Pengerusi Lembaga Adat Istiadat dan Pengerusi Majlis Gurulatih adalah ditunjuk (persetujuan) oleh Waris Amanah kerana jawatan ini dikategorikan sebagai jawatan utama adat. Tempuh menyandang jawatan adalah selamat 3 tahun. Maka pencalonan baru atau menyambung perkhidmatan hendaklah dibuat setelah tamat tempuh. Jika mana-mana Pengerusi meletakkan jawatan atau ditamatkan perkhidmatan sebelum tempuh, maka Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan tersebut sehingga tamat tempuh, sebelum lantikan baru dibuat.


Oleh kerana jawatan ini adalah dirujuk kepada Waris Amanah, maka hendaklah pengurusan ini dikendalikan mengikut jalur pengurusan Badan Adat pada semua peringkat (negeri dan kebangsaan). Pencalonan hendaklah dibuat oleh Badan Adat Negeri negeri dan kemudian dipanjangkan kepada Lembaga Adat Istiadat Kebangsaan atau Majlis Gurulatih Kebangsaan untuk mendapat sokongan dan persetujuan Waris Amanah.


Barang diingat bahawa calon yang ditunjuk perlulah berdasarkan kepada kekananan Sandang Jawatan atau Bengkung yang dipegang, di samping kewibawaan kepimpinan. Ketetapan calon yang dipilih bukan melalui undian terbanyak tetapi kekananan sandang dan/atau, kerana pemegang jawatan ini bertanggungjawab berterusan agenda jati diri dan pelajaran/pengajaran Silat Seni Gayong.


9 Jan 2022



Antara amalan dalam pengajaran Silat Seni Gayong kepada murid, ialah membaca Surah Al Ikhlas dan Surah Al Fatihah. Bacaan surah-surah ini dilakukan semasa memula dan menamatkan latihan. Lazimnya seseorang gurulatih mengandaikan semua muridnya boleh membaca kedua-dua surah ini, maka dalam setiap kali menjalankan latihan di gelanggang, gurulatih memula dan menamatkan latihan dengan memberi arahan supaya semua murid membaca Surah Al Fatihah (1x) dan Al Ikhlas (11x).


Amalan ini diyakini membawa keberkatan kepada sesi penyampaian dan penerimaan ilmu disamping kelebihan-kelebihan (pahala) membaca surah-surah ini kepada setiap murid. Namun begitu diingatkan bahawa syarat untuk menerima keberkatan dari amalan bacaan ayat-ayat suci Al Quran perlulah menjaga adat dan adab bacaannya. Membaca ayat-ayat Al Quran hendaklah tertib, iaitu menjaga sebutan makhraj huruf dan tajwidnya.


Kerap kali juga gurulatih dan murid melafazkan ayat-ayat surah secara cepat atas alasan nak memulakan latihan segera atau keletihan setelah menjalani latihan. Dengan bacaan sedemikian bacaan bukan sahaja terdorong kesilapan makhraj dan tajwid, bahkan juga melakukan kesilapan bacaan secara bersambung (wasal) antara ayat-ayat.


Dalam hal ini, maka adalah disarankan supaya semua gurulatih perlu disemak kesempurnaan dan kecekapan bacaan surah-surah yang dinyatakan dengan betul agar mereka pula dapat menyemak dan membetulkan bacaan murid-murid di gelanggang. Usaha hendaklah dilakukan segera dan hendaklah tidak mengambil sikap menunggu pihak lain bertindak. Apatah lagi jika mengambil sikap tengok dan lihat, kemungkinan besar isu ini akan hanya menjadi retorik dalam ucapan-ucapan populis.


Walaupun begitu tidak dinafikan adalah lebih baik jika pendekatan secara berpusat dan terancang dapat dikelolakan, kerana kesan gelombangnya besar dan semerta.


Selengkapnya gurulatih juga perlu disemak bacaan surah Al Masad dan Ayat Qursi, kerana surah dan ayat ini turut dibaca ketika di majlis Perlimau Tapak/Seni. Perhatikan supaya disamping lafaz huruf-huruf Qolkolaf, bacaan hendaklah disempurnakan kepada hukum tajwid seperti mad, idgham, izhar, ikhfaq dan lain-lain


Headline 1
bottom of page