top of page

BERITA

9 Jan 2022



Antara amalan dalam pengajaran Silat Seni Gayong kepada murid, ialah membaca Surah Al Ikhlas dan Surah Al Fatihah. Bacaan surah-surah ini dilakukan semasa memula dan menamatkan latihan. Lazimnya seseorang gurulatih mengandaikan semua muridnya boleh membaca kedua-dua surah ini, maka dalam setiap kali menjalankan latihan di gelanggang, gurulatih memula dan menamatkan latihan dengan memberi arahan supaya semua murid membaca Surah Al Fatihah (1x) dan Al Ikhlas (11x).


Amalan ini diyakini membawa keberkatan kepada sesi penyampaian dan penerimaan ilmu disamping kelebihan-kelebihan (pahala) membaca surah-surah ini kepada setiap murid. Namun begitu diingatkan bahawa syarat untuk menerima keberkatan dari amalan bacaan ayat-ayat suci Al Quran perlulah menjaga adat dan adab bacaannya. Membaca ayat-ayat Al Quran hendaklah tertib, iaitu menjaga sebutan makhraj huruf dan tajwidnya.


Kerap kali juga gurulatih dan murid melafazkan ayat-ayat surah secara cepat atas alasan nak memulakan latihan segera atau keletihan setelah menjalani latihan. Dengan bacaan sedemikian bacaan bukan sahaja terdorong kesilapan makhraj dan tajwid, bahkan juga melakukan kesilapan bacaan secara bersambung (wasal) antara ayat-ayat.


Dalam hal ini, maka adalah disarankan supaya semua gurulatih perlu disemak kesempurnaan dan kecekapan bacaan surah-surah yang dinyatakan dengan betul agar mereka pula dapat menyemak dan membetulkan bacaan murid-murid di gelanggang. Usaha hendaklah dilakukan segera dan hendaklah tidak mengambil sikap menunggu pihak lain bertindak. Apatah lagi jika mengambil sikap tengok dan lihat, kemungkinan besar isu ini akan hanya menjadi retorik dalam ucapan-ucapan populis.


Walaupun begitu tidak dinafikan adalah lebih baik jika pendekatan secara berpusat dan terancang dapat dikelolakan, kerana kesan gelombangnya besar dan semerta.


Selengkapnya gurulatih juga perlu disemak bacaan surah Al Masad dan Ayat Qursi, kerana surah dan ayat ini turut dibaca ketika di majlis Perlimau Tapak/Seni. Perhatikan supaya disamping lafaz huruf-huruf Qolkolaf, bacaan hendaklah disempurnakan kepada hukum tajwid seperti mad, idgham, izhar, ikhfaq dan lain-lain


29 Dis 2022



Beberapa PSSGM cawangan negeri telah mengambil inisiatif membantu murid dan gurulatih yang terkesan bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini. Bantuan yang diatur adalah berpusat kepada pengurusan negeri masing-masing. Pendekatan ini dilihat lebih berkesan dan semerta terutamanya apabila dikendalikan pada peringkat daerah atau gelanggang kerana hubungan rapat di antara sukarelawan dan mangsa bencana, iaitu antara murid segelanggang atau murid dengan gurulatih. Dalam situasi ini timbulnya rasa kesegeraan, simpati dan keikhlasan yang tinggi dalam diri mereka untuk menghulurkan bantuan.


Walau bagaimanapun murid dan gurulatih yang dapat dibantu amat bergantung kepada inisiatif dan kesedaran pihak pengurusan pada peringkat negeri, daerah mahupun gelanggang. Diyakini pihak-pihak lain seperti NGO, orang perseorangan dan kerajaan turut memberi bantuan kepada mangsa, namun bantuan dari ahli keluarga Gayong adalah lebih bermakna kerana ia akan mengukuhkan hubungan kasih sayang dan semangat kesetiaan yang dituntut dalam bai’ah seGayong ketika menjadi murid dan pula selari dengan ajaran agama Islam.


Dalam hubungan ini, ketika menghulurkan bantuan dahulukan apa yang diperlukan oleh mangsa kemudian baru diikuti dengan bantuan-bantuan lain. Bantuan itu akan lebih bermakna…. sama ada tenaga bersih rumah, alatan pembersihan, makanan, kain baju atau wang ringgit dll.


KITA JAGA KITA - KITA BANTU KITA


25 Dis 2021



United States Gayong Federation didaftarkan pada tahun 1991 dan diluluskan Secretary of States of Illinois, USA dengan nombor pendaftaran : N-7193-673-2



Cikgu Sheikh Shamsuddin (Sam) telah mendapat kebenaran daripada Dato’ Meor untuk mengajar Silat Seni Gayong di Amerikat Syarikat pada tahun 1989. Pada hari ini Silat Seni Gayong diktiraf dan diterima sebagai satu mata pelajaran kokurikulum di University College of Dupage sejak tahun 2010. Cikgu Sam telah menerima banyak undangan sebagai tenaga pengajar di beberapa Seminar Beladiri di seluruh AmerikaSyarikat di bawah bimbingannya, Silat Seni Gayong adalah Silat Melayu yang pertama diiktiraf dan diterima masuk sebagai matapelajaran Kokurikulum di University College of Dupage, Illinois, USA.

Headline 1
bottom of page