top of page

BERITA

11 Okt 2020


Urus setia Waris Kerabat telah mengadakan perbincangan pengelolaan Mesyuarat Agung (AGM) Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia pada kali pertama pada 8 Okt 2020. Mesyuarat telah diadakan melalui sidang video dan menetapkan bahawa AGM akan diadakan pada 28 Nov 2020 di Hotel Riverside Tun Fatimah, Melaka. Majlis Penyampaian Watikah Ahli Lembaga Waris Amanah (ke-7), Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan dan Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan turut diadakan. Acara ini walau bagaimanapun akan diadakan pada 29 Nov 2020 di tempat yang sama.


AGM kali pertama ini adalah untuk memenuhi kehendak peraturan ROS supaya Pertubuhan dapat dikendalikan secara rasmi untuk mengambil tanggungjawab seberapa segera setelah mendapat kelulusan pendaftaran. Agenda utama persidangan ialah membubarkan AJK Penaja dan melantik AJK Pertubuhan rasmi, menerima dan meluluskan perlembagaan dan meluluskan pembukaan akaun bank.


Mesyuarat maklum bahawa acara Penyampaian Watikah adalah merupakan manifestasi kuasa, Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman Waris Mutlak/Zuriat dalam menentukan anggota Ahli Lembaga Waris Amanah, dan juga pemilihan pemegang jawatan Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan dan Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan. Di majlis ini juga diadakan acara penyampaian Nota Serah Tugas, Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan yang lalu kepada Waris Mutlak.


10 Okt 2020


Waris Kerabat ADMAR kini dikendalikan sebagai sebuah badan berdaftar. Badan ini telah diluluskan pendaftarannya pada 6 Okt 2020. Selain dari menjaga kepentingan kebajikan ahli keluarga, badan ini ditubuhkan untuk mengurus dan menjaga harta intelek peninggalan Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman. Perkara-perkara yang dikategorikan sebagai harta intelek telah disenaraikan dalam Perlembagaan badan ini, dan telah mendapat pandangan pihak ROS.


Langkah seterusnya ialah untuk mendaftar hak harta intelek ini kepada pihak berkuasa, justeru secara lansung tidak lagi boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh mana-mana yang tidak berurusan menjaga kepentingan Silat Seni Gayong mengikut pandangan dan ketetapan badan ini nanti. Semoga usaha-usaha mengumpul dan mengembalikan harta nyata (fisikal) dan intelek ini mengambalikan Silat Seni Gayong sebagai sebuah sedarah dan sejalan.


7 Okt 2020


Dalam persidangan pada 19 September 2020 di Pusar Sains Negara Ahli Lembaga Waris Amana Silat Seni Gayong Malaysia bersetuju dan menerima cadangan mengadakan MoU kajian ilmiah Silat Seni Gayong di antara PSSGM dengan ATMA (UKM), dan pengumpulan dan dokumentasi pelajaran Silat Seni Gayong


Dicadangkan supaya AMJA PSSGM mengaturkan langkah dengan lebih teratur dan teliti bagi memastikan saranan yang baik ini dapat dilaksanakan. Hendaklah dibangunkan sebuah jadual tindakan yang komprehensif dan jelas halatujunya.. Dalam masa yang sama juga diminta supaya ditubuhkan sebuah Task Force (JK Khas) berasingan setiap satunya bagi memberi fokus tindakan susulan dapat dilakukan secara berterusan sehingga mencapai maksud program.

Headline 1
bottom of page