top of page

URUS SETIA WARIS KERABAT MEMBUAT PERSEDIAAN MESYUARAT AGUNG DAN PENYAMPAIAN WATIKAH

11 Okt 2020


Urus setia Waris Kerabat telah mengadakan perbincangan pengelolaan Mesyuarat Agung (AGM) Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia pada kali pertama pada 8 Okt 2020. Mesyuarat telah diadakan melalui sidang video dan menetapkan bahawa AGM akan diadakan pada 28 Nov 2020 di Hotel Riverside Tun Fatimah, Melaka. Majlis Penyampaian Watikah Ahli Lembaga Waris Amanah (ke-7), Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan dan Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan turut diadakan. Acara ini walau bagaimanapun akan diadakan pada 29 Nov 2020 di tempat yang sama.


AGM kali pertama ini adalah untuk memenuhi kehendak peraturan ROS supaya Pertubuhan dapat dikendalikan secara rasmi untuk mengambil tanggungjawab seberapa segera setelah mendapat kelulusan pendaftaran. Agenda utama persidangan ialah membubarkan AJK Penaja dan melantik AJK Pertubuhan rasmi, menerima dan meluluskan perlembagaan dan meluluskan pembukaan akaun bank.


Mesyuarat maklum bahawa acara Penyampaian Watikah adalah merupakan manifestasi kuasa, Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman Waris Mutlak/Zuriat dalam menentukan anggota Ahli Lembaga Waris Amanah, dan juga pemilihan pemegang jawatan Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan dan Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan. Di majlis ini juga diadakan acara penyampaian Nota Serah Tugas, Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan yang lalu kepada Waris Mutlak.


bottom of page