top of page

BERITA

6 Okt 2020


Persidangan Ahli Lembaga Waris Amanah pada 19 Sep 2020 di Pusat Sains Negara telah turut dihadiri oleh YBhg Datuk Haji Mohd Haniff Hj Koslan, Timbalan Imam Khalifah Agung, dan Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahaman, Waris Zuriat Silat Seni Gayong Malaysia. Persidangan telah mengambil maklum dan menimbangkan keperluan pengurusan bidang adat dilaksanakan secara autonomi oleh Badan Adat sendiri.


Walaupun pindaan telah dibuat untuk mengasingkan bidang adat dari pengurusan pentadbiran Pertubuhan, namun masih terdapat perkara-perkara yang signifikan yang masih memberi kesan kepada salah tanggapan dan salah faham ahli. Ini termasuklah Perkara-perkara Lembaga Adat Istiadat (Fasal 27 ms 28:2019), Majlis Gurulatih (Fasal 28 ms 29: 2019), Waris Amanah Silat Seni Gayong (Fasal 29 ms 30: 2019) dan Kuasa Lembaga Waris Amanah (Fasal 30 ms 30: 2019).


Dalam masa yang sama juga Perlembagaan Pertubuhan turut melibatkan bidang adat dalam pengurusan Pertubuhan. Ini dapat terdapat pada Fasa 4(8)(c) ms 3:2019 dan Fasa 5(3) ms 5:2019. Fasa 4(8)(c) menjelaskan bahawa keahlian digantung jika melanggar peraturan dan adat istiadat. Manakala Fasa 5(3) menjelaskan jika ahli gagal membayar hutang (yuran) maka dilarang menyertai aktiviti silat.


Pernyataan bidangkuasa yang bercampur aduk ini di dalam dokumen pentadbiran (Perlembagaan) telah menimbulkan kekeliruan. Umpamanya ada pendapat bahawa semua aktiviti Silat Seni Gayong hendaklah dibentang dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pentadbiran. Memburukkan keadaan lagi ada pentadbir negeri yang tidak mahu menghadiri majlis-majlis anjuran badan adat negeri atas alasan majlis tersebut tidak mendapat kelulusan jawatankuasanya.


Kertas yang dibentang dalam persidangan menuntut kepada perkara-perkara berikut:

  1. Memisahkan perkara pengurusan dan pentadbiran adat dari urusan Pertubuhan

  2. Meminda dan mengiktiraf organisasi adat dan jawatan utama adat dalam Perlembagaan Pertubuhan

  3. Perlantikan jawatan adat hanya ditentukan dalam Buku Peraturan Adat oleh pengurusan badan adat.

  4. Mengiktiraf dan memperaku bahawa Buku Peraturan-Peraturan Kecil Adat sebagai rujukan bidangkuasa, fungsi dan struktur jawatan kuasa adat

5 Okt 2020



Berikutan dari pengumuman Cgu Ismail Jantan bahawa Pusat Latihan FRU di Johor Bahru telah memulakan latihan Silat Seni Gayong kepada anggota-anggota pasukan di Persidangan ALWA pada 19 Sep 2020 di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur


Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman pernah menganjurkan latihan kepada anggota tentera dan polis. Silibus pelajarannya telah diwujudkan bersesuaian dengan keperluan anggota dalam bidang kerjaya ini. Ini bermakna Dato’ telah lebih awal mengaturkan pendekatan pengajaran pelajaran mengikut pakej yang bersesuaian, dan ianya berlainan dari susunan pelajaran untuk aliran perdana (awam).


Dimaklumkan bahawa draf Modul Latihan Pasukan Keselamatan sudahpun sedia untuk dibengkelkan. Cgu Ismail telah menetapkan bahawa bengkel ini akan diadakan pada 17 Okt 2020 jam 1430 di Kuala Lumpur. Ahli panel telah dilantik dan dijemput bagi memutuskan kandungan dan tempuh latihan anggota, dan merancang latihan tenaga-tenaga pengajar di pusat-pusat latihan. Dengan ketetapan yang akan dibuat, maka latihan anggota akan lebih berstruktur sama di semua pusat latihan. Dijangka modul ini dirancang supaya boleh digunapakai bukan sahaja kepada pasukan FRU, bahkan juga kepada anggota pasukan keselamatan yang lain.



30 Sept 2020


Skim Khairat yang dianjurkan oleh YKGM pada tahun lalu diteruskan. Tawaran skim pada tahun 2021:


TAWARAN

Skim khairat ini menawarkan pembayaran tunai sehingga RM8,000 kepada waris jika berlaku kematian. Syarat layak penyertaan ialah murid/ahli dan keluarga murid/ahli, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Kadar yuran penyertaaan RM 20.00-RM 100.00 mengikut jadual berikut:

  1. 9 - 40 tahun - RM 20.00 setahun

  2. 41-70 tahun - RM 100.00 setahun

PENYERTAAN

Sampaikan maklumat melalui whatsapp atau emel

  1. NAMA

  2. NO KP

  3. NO TEL (HP)

  4. ALAMAT RUMAH

  5. NAMA WARIS

  6. NO TEL WARIS

  7. SERAHKAN BAYARAN penyertaan ke akaun Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia (BIMB 12113000655232), serahkan slip bank (screen shot), maklumat (a,b,c,d,e,f) dan borang (pos atau scan dan emel/whatsapp) kepada Setiausaha YKGM

  8. Jika DAFTAR SECARA KUMPULAN (lebih dari 1 orang) serahkan maklumat mengguna format excel dan kemudian whatsapp atau emel. Digalakkan mendaftar secara kumpulan

Akuan terima bayaran penyertaan akan diserahkan (secara digital) sebaik urus setia menerima slip bank berkaitan.

KETERANGAN LANJUT

Tel: 010-5277868/019-2067671 (Setiausaha YKGM) Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia www gayongadat.com, emel: ykgm.urusetia@gmail.com


Headline 1
bottom of page