top of page

DRAF MODUL LATIHAN PASUKAN KESELAMATAN SEDIA DIBENTANG

5 Okt 2020



Berikutan dari pengumuman Cgu Ismail Jantan bahawa Pusat Latihan FRU di Johor Bahru telah memulakan latihan Silat Seni Gayong kepada anggota-anggota pasukan di Persidangan ALWA pada 19 Sep 2020 di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur


Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman pernah menganjurkan latihan kepada anggota tentera dan polis. Silibus pelajarannya telah diwujudkan bersesuaian dengan keperluan anggota dalam bidang kerjaya ini. Ini bermakna Dato’ telah lebih awal mengaturkan pendekatan pengajaran pelajaran mengikut pakej yang bersesuaian, dan ianya berlainan dari susunan pelajaran untuk aliran perdana (awam).


Dimaklumkan bahawa draf Modul Latihan Pasukan Keselamatan sudahpun sedia untuk dibengkelkan. Cgu Ismail telah menetapkan bahawa bengkel ini akan diadakan pada 17 Okt 2020 jam 1430 di Kuala Lumpur. Ahli panel telah dilantik dan dijemput bagi memutuskan kandungan dan tempuh latihan anggota, dan merancang latihan tenaga-tenaga pengajar di pusat-pusat latihan. Dengan ketetapan yang akan dibuat, maka latihan anggota akan lebih berstruktur sama di semua pusat latihan. Dijangka modul ini dirancang supaya boleh digunapakai bukan sahaja kepada pasukan FRU, bahkan juga kepada anggota pasukan keselamatan yang lain.



bottom of page