top of page

BERITA

6 September 2020


Silat Seni Gayong Malaysia (Badan Adat Kebangsaan) akan menyampaikan sandang kehormat kepada SAC Haji Hamzah Haji Ahmad Komander Pasukan Simpanan Persekutuan Polis Malaysia di Majlis Penyampaian Sandang Kebangsaan sempena dengan Persidangan Ahli Lembaga Waris Amanah pada 19 Sep 2020 di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur. Penyampaian sandang ini adalah atas jasa SAC Haji Hamzah menyokong pelaksanaan latihan Silat Seni Gayong kepada anggota FRU di pusat-pusat latihan.


Sokongan tersebut secara sendirinya mengangkat silat ini kepada tahap yang boleh dipertanggungjawapkan dan diyakini berupaya menjaga keamanan masyarakat. Selain dari gerakan jurus, Silat Seni Gayong mempunyai gerak pukulan pantas, kunci langkah dan gerak yang sesuai untuk kerjaya penguatkuasa seperti FRU. Unsur ini menjadi asas pertimbangan penerimaan latihan kepada anggota


Beberapa anggota dari pusat latihan PDRM (FRU) Cheras, Kuala Lumpur, telah mengunjungi Tuan Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid, Ahli Lembaga Waris Amanah, untuk mendapat maklumat berkaitan dengan acara penyampaian sandang yang akan diadakan nanti.

1 September 2020


Agenda Sidang ALWA kali ini dipenuhi dengan pembentangan kertas kerja. Buat pertama kalinya sidang tersebut mempunyai agenda yang berstruktur sedemikian. Ini adalah bertujuan untuk mengangkat martabat forum ini dalam bentuk yang lebih professional sifatnya bagi menyerlahkan badan tersebut sebagai entiti tertinggi dalam organisasi Silat Seni Gayong bagi memutuskan dasar-dasar pengajaran dan pengembangannya.


Percubaan kali pertama ini melihatkan sebanyak sepuluh (10) buah kertas kerja telah diterima. Sebanyak tujuh (7) buah kertas dari ahli ALWA dan tiga (3) buah kertas dari BAN KL Putrajaya. Lima (5) buah kertas dari ahli ALWA bertujuan untuk memberi maklum. Lain-lain kertas termasuk dari BAN KL Putrajaya adalah bertujuan untuk mendapat cadangan-cadangan untuk mendapat sokongan.


Penyediaan dan pembentangan kertas kerja ini, diharap dapat mencetuskan budaya bermesyuarat atau perbincangan berlandaskan fakta bagi mengelakkan berlakunya pendekatan hit and run atau smart tag, dan mudah untuk dirujuk semula sebagai dokumen bukti bagi tindakan follow up dan follow through.

25 Ogos 2020


Mesyuarat bagi menyelia persediaan Badan Adat KL Putrajaya sebagai Jawatankuasa Pengelola acara pada 23 Ogos 2020 telah memaklumkan pihaknya sebagai sudah bersedia untuk mengendalikan majlis. Petugas-petugas telah ditentukan dan dilantik. Namun begitu meminta supaya diadakan satu sesi raptai pada 6 Sep 2020 (jam 1100) di tempat acara supaya majlis nanti dapat dikendalikan dengan lebih licin dan kemas.


Urus setia pada peringkat pusat memaklumkan bahawa majlis berkenaan akan turut dihadiri oleh seorang kerabat dari Pahang. Kerabat tersebut akan disandangkan sebagai Imam Khalifah Negeri Pahang. Bersama mengiring menerima sandang ialah pegawai-pegawai jawatan adat utama negeri berkenaan.


Juga di maklumkan setakat ini Badan Adat Johor, walaupun berhajat untuk menyertai acara, namun sehingga ke hari ini tiada maklumat yang diterima dari pihak berkenaan. Justeru jumlah peserta yang terkumpul sehingga kini ialah 14 orang termasuk 2 orang penerima sandang Khalifah Besar dari Badan Adat KL Puterajaya dan 3 orang penerima sandang Khalifah Kanan dari Badan Adat Negeri Kelantan. Dengan mengambilkira penerima sijil Pengerusi Lembaga Beradat Negeri (Pahang) dan Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri (Pahang) maka senarai penerima ialah 16 orang penerima (14+2).


Mesyuarat diingatkan supaya majlis penyampaian sandang hendaklah dikendalikan dengan berhati-hati dan tertib, terutamanya mengambilkira kehadiran kerabat. Perkara yang hendak dititik beratkan termasuklah cara gaya pertuturan, protokol pergaulan dan tertib pergerakan kerabat disepanjang majlis dikendalikan. Langkah ini penting kerana ia memberi kesan kepada maruah Silat Seni Gayong sebagai sebuah badan yang mendokong kegiatan satu budaya bangsa Melayu.


Cgu Md Ezhar Abas akan menjalanakn acara Perlimau Tapak dan Seni kepada Tengku Kamaruzaman Al Haji ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Al Haj pada 12 Sep 2020 jam 1100 sebagai persediaan untuk menerima Sandang Imam Khalifah Negeri Pahang. Tuan Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid dan Mohd Iskandar Zulqarnain Mohamaed beserta Shaiful Hakim Mohamed Noor (pegawai pengiring PSSGM Pahang) akan turut serta.


Headline 1
bottom of page