top of page

PERSEDIAAN PERSIDANGAN ALWA DAN PENYAMPAIAN SANDANG KEBANGSAAN BERJALAN LANCAR

25 Ogos 2020


Mesyuarat bagi menyelia persediaan Badan Adat KL Putrajaya sebagai Jawatankuasa Pengelola acara pada 23 Ogos 2020 telah memaklumkan pihaknya sebagai sudah bersedia untuk mengendalikan majlis. Petugas-petugas telah ditentukan dan dilantik. Namun begitu meminta supaya diadakan satu sesi raptai pada 6 Sep 2020 (jam 1100) di tempat acara supaya majlis nanti dapat dikendalikan dengan lebih licin dan kemas.


Urus setia pada peringkat pusat memaklumkan bahawa majlis berkenaan akan turut dihadiri oleh seorang kerabat dari Pahang. Kerabat tersebut akan disandangkan sebagai Imam Khalifah Negeri Pahang. Bersama mengiring menerima sandang ialah pegawai-pegawai jawatan adat utama negeri berkenaan.


Juga di maklumkan setakat ini Badan Adat Johor, walaupun berhajat untuk menyertai acara, namun sehingga ke hari ini tiada maklumat yang diterima dari pihak berkenaan. Justeru jumlah peserta yang terkumpul sehingga kini ialah 14 orang termasuk 2 orang penerima sandang Khalifah Besar dari Badan Adat KL Puterajaya dan 3 orang penerima sandang Khalifah Kanan dari Badan Adat Negeri Kelantan. Dengan mengambilkira penerima sijil Pengerusi Lembaga Beradat Negeri (Pahang) dan Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri (Pahang) maka senarai penerima ialah 16 orang penerima (14+2).


Mesyuarat diingatkan supaya majlis penyampaian sandang hendaklah dikendalikan dengan berhati-hati dan tertib, terutamanya mengambilkira kehadiran kerabat. Perkara yang hendak dititik beratkan termasuklah cara gaya pertuturan, protokol pergaulan dan tertib pergerakan kerabat disepanjang majlis dikendalikan. Langkah ini penting kerana ia memberi kesan kepada maruah Silat Seni Gayong sebagai sebuah badan yang mendokong kegiatan satu budaya bangsa Melayu.


Cgu Md Ezhar Abas akan menjalanakn acara Perlimau Tapak dan Seni kepada Tengku Kamaruzaman Al Haji ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Al Haj pada 12 Sep 2020 jam 1100 sebagai persediaan untuk menerima Sandang Imam Khalifah Negeri Pahang. Tuan Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid dan Mohd Iskandar Zulqarnain Mohamaed beserta Shaiful Hakim Mohamed Noor (pegawai pengiring PSSGM Pahang) akan turut serta.


Komentáře


bottom of page