top of page

PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN (FRU) POLIS MENGIKTIRAF SILAT SENI GAYONG

6 September 2020


Silat Seni Gayong Malaysia (Badan Adat Kebangsaan) akan menyampaikan sandang kehormat kepada SAC Haji Hamzah Haji Ahmad Komander Pasukan Simpanan Persekutuan Polis Malaysia di Majlis Penyampaian Sandang Kebangsaan sempena dengan Persidangan Ahli Lembaga Waris Amanah pada 19 Sep 2020 di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur. Penyampaian sandang ini adalah atas jasa SAC Haji Hamzah menyokong pelaksanaan latihan Silat Seni Gayong kepada anggota FRU di pusat-pusat latihan.


Sokongan tersebut secara sendirinya mengangkat silat ini kepada tahap yang boleh dipertanggungjawapkan dan diyakini berupaya menjaga keamanan masyarakat. Selain dari gerakan jurus, Silat Seni Gayong mempunyai gerak pukulan pantas, kunci langkah dan gerak yang sesuai untuk kerjaya penguatkuasa seperti FRU. Unsur ini menjadi asas pertimbangan penerimaan latihan kepada anggota


Beberapa anggota dari pusat latihan PDRM (FRU) Cheras, Kuala Lumpur, telah mengunjungi Tuan Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid, Ahli Lembaga Waris Amanah, untuk mendapat maklumat berkaitan dengan acara penyampaian sandang yang akan diadakan nanti.

Comments


bottom of page