top of page

BERITA

23 Ogos 2020




Pengurusan adat kini mempunyai akaun rasminya. Pentadbiran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia telah menguruskan pembukaan akaun ini atas prinsip untuk memudahkan pengasingan pengurusan kewangan antara urusan pentadbiran Pertubuhan dengan pengurusan hal-hal adat Silat Seni Gayong. Pengurusan Pentadbiran Pertubuhan telah mendahulukan peruntukan RM 1000 bagi membolehkan akaun memperolehi buku ceknya. Akaun ini dibuka di Commerce International Merchant Bank (CIMB) Cawangan Taman Melawati Kuala Lumpur. Butiran akaun seperti berikut:


Nama -

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (Bahagian Adat)


No. Akaun -

CIMB 8604260157




Sokongan semua pengurusan adat dan gurulatih amat diperlukan supaya dapat menyalurkan bayaran dan sumbangan yang berkaitan bagi membiayai program pembangunan adat. Sumber akaun ini ialah dari kutipan:

  1. Aktiviti Adat - Yuran Perlimau Tapak dan Seni dll

  2. Sijil Adat - Perlimau Tapak/Seni, Mandi Minyak dll

  3. Sijil Kursus Adat - Gurulatih dan Pembantu Gurulatih

  4. Watikah - Sandang berjawatan dan kehormat

  5. Sijil Aku Janji - Jawatan Adat

  6. Sandang - Penerima-penerima sandang

20 Ogos 2020



Muzakarah atas tajuk Acara Adat Silat Seni Gayong yang telah diadakan pada 16 Ogos 2020 di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur telah menyarankan beberapa langkah untuk mengatasi salah faham berkaitan dengan pengajaran Silat Seni Gayong. Majlis memperakui supaya langkah-langkah berikut diambil bagi meredakan salah faham yang timbul disamping mengelakkan ia berulang di masa akan datang:

  1. Merungkai semula amalan adat-istiadat supaya ianya patuh syariah Islam

  2. Mendefinisi dan menyebar luas pemahanan dan pengajaran adat-istiadat yang dapat mengukuhkan iman kepada semua murid

Dipersetujui supaya sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan (Task Force) untuk mengendalinya. YBhg Dato’ Haji Zainal Abidin Haji Sakom dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa ini. YBhg Dato’ DR Ishak Hassan dan Tuan Haji Mohd Anuar Hj Abdul Hamid, Ahli Lembaga Waris Amanah akan bersama membimbing (Penasihat) jawatankuasa ini untuk melaksanakan tugasnya dari aspek teknikal (content focus) dan pengurusan (management challenges).


Majlis mengingatkan supaya mana-mana pihak yang mengendali isu-isu adat-istiadat tidak cepat dan mudah menilai keraguan sesuatu amalan yang diwarisi, kerana Allahyarham Dato’ Meor dalam mengilhamkan amalan-amalannya adalah berlandas kan dari sumber Al Quran. Justeru hendaklah berhati-hati supaya murid Silat Seni Gayong tidak berada dalam kalangan orang-orang yang kerugian.


Perlu disedari bahawa sebagai seorang yang berketurunan Bugis, maka Allahyarham Dato’ Meor turut mengekalkan adat dan budaya bangsa Bugis dalam amalan persilatan ajarannya. Adalah baik jika perkara ini dapat dikenalpasti dan dipertimbangkan untuk diteruskan sekiranya tidak menimbulkan isu-isu keraguan dan kerosakan aqidah. Unsur-unsur adat mempunyai pengaruh yang signifikan kepada pembinaan jatidiri bangsa.


Majlis menerima pandangan supaya perkara yang berbangkit dalam agenda akan dikendalikan oleh Badan Adat Kebangsaan manakala pihak Pertubuhan diminta untuk membantu dan menyokong tindakan-tindakan pentadbiran apabila diperlukan terutamanya dalam perkara hubungan rasmi dengan pihak-pihak luar dari pertubuhan.


13 Ogos 2020


Bahagian pengurusan Badan Adat Kebangsaan merancang untuk mempertingkatkan pelaksanaan perkara adat-istiadat dengan memperkenalkan kursus pensijilan adat kepada gurulatih dan pembantu gurulatih melalui online sebagai pilihan kepada kursus bersemuka sepertimana biasa. Ini akan mengurangkan bebanan pengelolaan dari aspek pengangkutan dan sewaan kepada penganjur dan peserta. Modul kursus masih mengguna tajuk-tajuk (5) dan tempuh yang ditentukan. Cadangan ini akan dibentang dalam persidangan ALWA yang akan diadakan pada 19 Sept. 2020 bagi mendapat pandangan dan sokongan.


Kursus pensijilan ini adalah diwajibkan kepada para pembantu gurulatih dan gurulatih untuk mendapat kebenaran mengajar. Dasar ini telah dipersetujui dalam Persidangan ALWA Ke 5. Mereka yang hendak memohon sijil menjalankan latihan di gelanggang atau memperbaharuinya hendaklah menampilkan sijil mengikuti kursus adat bersama-sama dengan borang permohonan. Negeri telah dimaklumkan untuk menganjurkan kursus ini. Dasar berkaitan mula berkuatkuasa pada 1 Jan 2020. Pengurusan Badan Adat Kebangsaan telah mengeluarkan arahan dan panduan melalui Surat Pekeliling Adat Bil 2/2019 dan 3/2019.


Butiran tatacara pengendalian kursus akan dikeluarkan sebaik sahaja selepas pembentangan dibuat pada tarikh persidangan.


Headline 1
bottom of page