top of page

BERITA

26 Dis 2019

Letterhead yang di established oleh sesuatu organisasi adalah merupakan lambang dan jati dirinya. Mana-mana pihak tidak boleh mengguna Letterhead yang sudah didaftarkan itu untuk sebab-sebab lain. Jika ada jabatan atau unit dibawah organisasi berkenaan pun dilarang untuk menggunakannya. Jika terdapat keperluan hubungan dalaman, maka hendaklah jabatan atau unit mengguna edaran berstatus MEMO. Apabila perlunya hubungan luar dibuat, maka jabatan atau unit terpaksa meminta SUA mengeluarkan surat kerana berkenaan mengguna letterhead rasmi.


Perkara yang diterangkan di atas sudah menjadi perkara yang difahami dan protokol amalan semua pentadbir yang pernah menguruskan sebuah pertubuhan atau gerakan NGO, malahan ia juga adalah protokol dalam organisasi kerajaan. Semua dokumen hubungan Lembaga Beradat Kebangsaan adalah berstatuskan MEMO DALAMAN, kerana ia dikeluarkan untuk tujuan menyampaikan maklumat kepada badan pengurusan dalaman. Tidak ada pun surat yang dikeluarkan oleh Lembaga yang ditujukan kepada badan luar sama ada kepada agensi kerajaan mahupun NGO.


Surat yang dikeluarkan oleh Lembaga hanyalah berkisar dalam kalangan pengurus-pengurus adat pusat dan negeri, iaitu yang berada dalam rumah Silat Seni Gayong Malaysia. Dalam membina jati diri pengurusan hal adat, maka MEMOnya dihiasi dengan desain dan grafik tersendiri, supaya memudahkan penerima mengenal pasti surat itu dari mana sumbernya.

21 Dis 2019


Majlis yang dilaksanakan di Kuala Lumpur International Hotel pada 21 Dis 2019 telah dihadiri oleh YBhg Hajah Siti Fadzillah Dato’ Meor Rahman, Waris Mutlak Silat Seni Gayong Malaysia. Acara menjadi lebih bermakna apabila diisi dengan ceramah Silat Gayong dan Al Quran oleh YBhg Dato’ Paduka (Dr) Ishak Hassan dipermulaan majlis.


Elemen web, youtube dan dasar Aku Janji membuka lembaran baru untuk meningkatkan kecekapan dan komitmen pengurusan Silat Seni Gayong agar dapat menyaingi dan standing dengan badan-badan seni bela diri yang lain. Teks ucapan YBhg Datuk Haji Mohd Haniff Haji Koslan, Timbalan Imam Khalifah Agong yang dibaca oleh YBhg Dr Mior Badrulhisham Kamaruzaman, Setiausaha Lembaga Beradat Kebangsaan menyatakan untuk mencapai kecemerlangan pengembangan Silat Seni Gayong, menegaskan supaya teknologi yang sedia ada hari ini turut dijadikan media (tools) secara bijak dan maksima untuk mencapai hasrat ini.

19 Dis 2019

Pengurusan pengembangan dan pembangunan Silat Seni Gayong Malaysia perlu mencakupi keseluruhan pentadbiran, kewangan, adat-istiadat dan pelajaran. Dengan demikian pengurusan itu tidak boleh dilakukan oleh Badan Adat bersendirian atau Pentadbiran bersendirian. Kedua-dua mesti bergerak bersekali atas semangat lengkap melengkapi dan sokong menyokong di antara satu dengan lain.


Dalam masa yang sama, pada hakikatnya perlu difahami bahawa menjadi murid Silat Seni Gayong tidak semestinya menjadi ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong. Syarat menjadi murid Silat Gayong ialah mesti melalui proses perlimau. Menjadi ahli Pertubuhan syaratnya ialah seorang murid Silat Gayong mengisi borang memohon untuk menjadi ahli. Seseorang murid boleh memilih untuk menjadi ahli Pertubuhan atau kekal menjadi hanya sebagai murid.


Apabila seorang pesilat itu telah melalui proses perlimau, maka berhaklah dia untuk belajar atau menuntut ilmu silat, meakai pakaian silat, mendapat bengkung mengikut tahap pelajaran dan menerima sandang jika dilantik untuk menjawat jawatan adat. Disamping itu jika murid silat menjadi ahli Pertubuhan, maka murid berkenaan layak menjadi perwakilan daerah/cawangan, negeri dan kebangsaan, serta mengundi dalam mesyuarat-mesyuarat pengurusan, mesyuarat agong dan memegang jawatan pentadbiran di organisasi pada peringkat penglibatannya.


Dalam erti kata lain seorang murid Silat Gayong adalah tertakluk kepada peraturan Adat, manakala seorang murid dan ahli pertubuhan Silat Gayong adalah tertakluk kepada Perlembagaan pertubuhan, tetapi dalam masa yang sama adalah dibawah tanggungjawab Adat kerana statusnya sebagai murid.


Bidang Adat merangkumi perkara adat istiadat dan perkara pelajaran Silat Seni Gayong. Justeru untuk memberi fokus pengembangan dan pembangunan bidang-bidang ini, maka diwujudkan Lembaga Beradat dan Majlis Gurulatih. Dalam hal mengurus Bidang Adat, Lembaga Beradat menjalankan kerja-kerja keurusetiaan badan ini. Ini membawa maksud sebarang penyampaian dasar yang diputuskan mengenai mengurus hal-hal adat ia membawa pengertian dasar itu terkena dan berkuatkuasa kepada kedua-dua Lambaga Beradat dan Majlis Gurulatih. Dalam hal ini Lembaga Beradat akan menjalankan tangungjawab sebagai urus setia yang mungkin melibatkan kerja-kerja menyampaikan atau melantik tetapi bukan mengarah.

Headline 1
bottom of page