top of page

BERITA

17 Nov 2019


Persiapan menganjurkan Majlis Penyampaian Sandang, Watikah Sanad dan Watikah Akademia Akademi Persilatan Sedunia (APS) oleh Lembaga Beradat Selangor hamper sampai ke kemuncaknya. Hanya tidak sampai seminggu sahaja lagi majlis akan diadakan (24 Nov 2019), pihak Jawatankuasa Pengelola telah meminta Tuan Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid, Pengerusi LBK untuk meneliti dan menyemak langkah-langkah persediaan yang telah diambil oleh semua Jawatankuasa Kerja. Perbincangan telah diadakan pada 16 Nov 2019. Penilaian Tuan Haji Anuar ialah kerja yang sedang dikendalikan ialah pada tahap 70%, dan dalam tempoh yang ada, tindakan-tindakan yang diambil adalah pada kategori do or die. Justeru pada peringkat ini tindakan selanjutnya tiada lagi berdasarkan agak-agak atau cuba dahulu. Pilihan yang dibuat mesti pada tahap right the first time. Semua ahli yang terlibat mengetahui apa yang sedang berlaku, maklumat dikongsi bersama supaya dapat mewujudkan semangat berkerja secara berpasukan. Everybody is a team player.



Pesan Tuan Haji Anuar lagi, kita tidak akan dapat kesempurnaan 100%, tetapi kita berusaha menuju ke arah tersebut. Rancangan yang dibuat hendaklah secara terperinci dan teliti. Pada hari pelaksanaan, sikap kerja hendaklah atas semangat damage control, iaitu jika berlaku sesuatu kesilapan atau kekurangan maka ahli jawatankuasa yang terjebak dengan isu hendaklah segera menyelesaikannya tanpa perlu menuding jari kepada sesiapa.


-semoga semuanya berjalan lancar -

11 Nov 2019


Lembaga Beradat Negeri Selangor akan mengadakan masjlis penyampaian Sandang Imam Khalifah dan Timbalan Imam Khalifahnya pada 24 Nov 2019 di Hotel Tun Fatimah Melaka. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan acara penyampain watikah sanad Ilmu Seni Silat Gayong Dato’ Meor Rahman oleh anakandanya YBhg Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman. Sehingga pada 14 Nov 2019 seramai 126 orang murid Silat Seni Gayong telah memberi komitmen kepada pihak urus setia akan hadir di majlis tersebut. Pihak urus setia yakin angka ini akan bertambah.


Semua ahli Lembaga Waris Amanah juga akan menerima watikah masing-masing di majlis ini. YBhg Hajah Siti Fadzilah berpendapat bahawa setiap ahli Lembaga Waris Amanah perlu memiliki dokumen ini bagi mengesahkan status ilmu silatnya adalah dari jalur yang benar dan betul. Dengan pengesahan ini maka masyarakat Gayong dan masyarakat umum tidak boleh mempersoalkan kedudukan mereka sebagai Ahli Lembaga Waris Amanah. Lembaga Beradat Kebangsaan menghargai akan kemurahan hati dan pandangan jauh Hajah Siti Fadzilah dalam urusan ini, dan mendoakan agar semua pihak menyambut baik langkah ini demi kelangsungan kecemerlangan Silat Seni Gayong.

8 Nov 2019

Sejak kebelakangan ini ramai yang bertanyakan kewujudan institusi-institusi WARIS Dalam masa yang sama ada pula pihak yang menidakkan kewujudan institusi. Untuk makluman semua, institusi-institusi ini diwujudkan adalah atas kuasa Waris Mutlak. Apabila entiti Waris Mutlak melaksanakan kuasanya, ia bermaksud kuasa tunjuk atas kehendaknya. Kuasa ini ialah kuasa Mahaguru (Pencipta Silat Seni Gayong) yang diwarisinya melalui dirinya sebagai waris zuriat (keturunan darah). Pada hari ini Waris Mutlak atau Waris Zuriat ialah Hajah Siti Fadzilah bt Dato’ Meor Rahman. Sebab itu apa sahaja haknya seperti fidyah Perlimau Tapak dan Perlimau Seni atau apa-apa sahaja yang disebut oleh sebagai Hak Aku oleh Allahyarham Dato’ Meor hendaklah ditunaikan dan bukan sewenang-wenangnya diserahkan kepada Pentadbiran atau kepada lain-lain institusi kecuali atas arahan dan persetujuan Waris Mutlak.


Dalam mentadbir organisasi Silat Seni Gayong, Waris Mutlak menimbangkan penubuhan Waris Amanah (Lembaga Waris Amanah atas pesanan Allahyarham Dato’ Meor melalui surat amanatnya bertarikh 8 Sept 1998). Mengikut amalannya. apabila Lembaga Waris Amanah bersidang, Waris Mutlak akan dirujuk untuk memberi pengiktirafan kepada keputusan-keputusan yang dibuat. Lembaga Beradat Kebangsaan selaku urus setia kepada sistem (Adat dan Majlis Gurulatih) Badan Adat Kebangsaan kemudaianya memanjangkan keputusan-keputusan tersebut kepada pihak-pihak yang berkaitan pada peringkat pusat dan negeri (Adat, Majlis Gurulatih dan Pentadbiran)


Bagi mengangkat zuriat-zuriat (keturunan darah) Dato’ Meor yang lain, maka Waris Mutlak bersetuju untuk mewujudkan institusi Waris Kerabat pada tahun 2014 dan dalam masa yang sama menimbangkan kewujudan Ahli Kehormat kepada institusi ini. Cucu-cucu Dato’ Meor adalah dalam kategori ini. Ahli Waris Kerabat juga adalah terbuka kepada ahli masyarakat dan murid Gayong yang bersedia untuk membantu Gayong. Namun mereka ini dikategorikan sebagai Ahli Kehormat dan dilantik mengikut keperluan dan kehendak Waris Mutlak.

Headline 1
bottom of page