top of page

PERANAN INSTITUSI WARIS KEPADA ORGANISASI SILAT SENI GAYONG

8 Nov 2019

Sejak kebelakangan ini ramai yang bertanyakan kewujudan institusi-institusi WARIS Dalam masa yang sama ada pula pihak yang menidakkan kewujudan institusi. Untuk makluman semua, institusi-institusi ini diwujudkan adalah atas kuasa Waris Mutlak. Apabila entiti Waris Mutlak melaksanakan kuasanya, ia bermaksud kuasa tunjuk atas kehendaknya. Kuasa ini ialah kuasa Mahaguru (Pencipta Silat Seni Gayong) yang diwarisinya melalui dirinya sebagai waris zuriat (keturunan darah). Pada hari ini Waris Mutlak atau Waris Zuriat ialah Hajah Siti Fadzilah bt Dato’ Meor Rahman. Sebab itu apa sahaja haknya seperti fidyah Perlimau Tapak dan Perlimau Seni atau apa-apa sahaja yang disebut oleh sebagai Hak Aku oleh Allahyarham Dato’ Meor hendaklah ditunaikan dan bukan sewenang-wenangnya diserahkan kepada Pentadbiran atau kepada lain-lain institusi kecuali atas arahan dan persetujuan Waris Mutlak.


Dalam mentadbir organisasi Silat Seni Gayong, Waris Mutlak menimbangkan penubuhan Waris Amanah (Lembaga Waris Amanah atas pesanan Allahyarham Dato’ Meor melalui surat amanatnya bertarikh 8 Sept 1998). Mengikut amalannya. apabila Lembaga Waris Amanah bersidang, Waris Mutlak akan dirujuk untuk memberi pengiktirafan kepada keputusan-keputusan yang dibuat. Lembaga Beradat Kebangsaan selaku urus setia kepada sistem (Adat dan Majlis Gurulatih) Badan Adat Kebangsaan kemudaianya memanjangkan keputusan-keputusan tersebut kepada pihak-pihak yang berkaitan pada peringkat pusat dan negeri (Adat, Majlis Gurulatih dan Pentadbiran)


Bagi mengangkat zuriat-zuriat (keturunan darah) Dato’ Meor yang lain, maka Waris Mutlak bersetuju untuk mewujudkan institusi Waris Kerabat pada tahun 2014 dan dalam masa yang sama menimbangkan kewujudan Ahli Kehormat kepada institusi ini. Cucu-cucu Dato’ Meor adalah dalam kategori ini. Ahli Waris Kerabat juga adalah terbuka kepada ahli masyarakat dan murid Gayong yang bersedia untuk membantu Gayong. Namun mereka ini dikategorikan sebagai Ahli Kehormat dan dilantik mengikut keperluan dan kehendak Waris Mutlak.

bottom of page