top of page

JEMPUTAN KE MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH SANAD ILMU GAYONG DATO’ MEOR RAHMAN

11 Nov 2019


Lembaga Beradat Negeri Selangor akan mengadakan masjlis penyampaian Sandang Imam Khalifah dan Timbalan Imam Khalifahnya pada 24 Nov 2019 di Hotel Tun Fatimah Melaka. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan acara penyampain watikah sanad Ilmu Seni Silat Gayong Dato’ Meor Rahman oleh anakandanya YBhg Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman. Sehingga pada 14 Nov 2019 seramai 126 orang murid Silat Seni Gayong telah memberi komitmen kepada pihak urus setia akan hadir di majlis tersebut. Pihak urus setia yakin angka ini akan bertambah.


Semua ahli Lembaga Waris Amanah juga akan menerima watikah masing-masing di majlis ini. YBhg Hajah Siti Fadzilah berpendapat bahawa setiap ahli Lembaga Waris Amanah perlu memiliki dokumen ini bagi mengesahkan status ilmu silatnya adalah dari jalur yang benar dan betul. Dengan pengesahan ini maka masyarakat Gayong dan masyarakat umum tidak boleh mempersoalkan kedudukan mereka sebagai Ahli Lembaga Waris Amanah. Lembaga Beradat Kebangsaan menghargai akan kemurahan hati dan pandangan jauh Hajah Siti Fadzilah dalam urusan ini, dan mendoakan agar semua pihak menyambut baik langkah ini demi kelangsungan kecemerlangan Silat Seni Gayong.

bottom of page