top of page

BERITA

5 Nov 2019


YBhg Tan Sri Muhammad Muhd Taib akan terus memimpin Badan Adat Negeri Selangor untuk 3 tahun yang akan dating. Agenda silat seharusnya berpaksikan kepada pembentukan manusia. Nilai-nilai yang diterapkan dalam pengajaran silat bukan sekadar pembentukan insan yang bersiapsiaga untuk bertempur, tetapi diperluaskan menjadi uinsan yang produktif dalam menyokong pembangunan dan permodenan negara. Katanya sebuah kereta yang cantik dan berkuasa tinggi seharusnya mempunyai pemandu yang cekap supaya sepadan dengan keupayaan kereta tersebut. Dalam hal ini Tan Sri menyarankan supaya silat berperanan untuk menyediakan menusia sedemikian rupa. Pengamal-pengamal silat mempunyai hati yang cekal, tidak tunduk kepada cabaran, bijak menyusun langkah dan mempunyai kesabaran yang tinggi. Nilai-nilai adalah merupakan aset kepada pemimpin dan pekerja yang cemerlang.


Rombongan Badan Adat Negeri Selangor yang diterajui oleh YBhg Dato’ Haji Zainal Sakom, memaklumkan kepada YBhg Tan Sri akan hajat untuk mengekalkannya sebagai Imam Khalifah Selangor. Acara permasyhuran semula akan jawatanya diadakan pada 24 Nov 2019 di Hotel Tun Fatimah, Melaka. Walaupun pada respon awalnya Tan Sri seakan-akan menolak, namun akhirnya memaklumkan beliau bersedia untuk hadir di majlis yang akan diadakan. YBhg Tan Sri bersetuju akan pandangan supaya struktur adat perlu diperkasakan kerana ia merupakan foundation kepada pembentukan kualiti manusia yang akan dilahirkan melalui aktiviti silat. Adat harus diletak sebagai arkitek dan jurutera kepada human capital development negara.

4 Nov 2019


Lembaga Beradat Selangor telah mengadakan majlis kunjung hormat ke rumah Dato’ Paduka Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Rahman pada 5 Nov 2019 bagi memohon restu mengadakan Acara Penyampaian Watikah Sanad Ilmu Gayong, Sijil Akademi Persilatan Sedunia dan Sandang Adat Selangor pada 24 Nov. 2019. Rombong Adat Selangor telah lebih dahulu berkunjung berjumpa Tuan Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid, Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan, dirumahnya pada 26 Okt. 2019 bagi menjelaskan acara berkaitan. Acara ini akan diadakan di Hotel Tun Fatimah. Dato’ mengambil maklum dan menyokong acara yang akan diadakan, malahan bersedia untuk menanda tangan Sijil Sanad Ilmu Gayong yang akan diterbitkan oleh pihak penganjur. Dalam masa yang sama, Dato’ Hajah turut menimbangkan untuk mewujudkan sandang Tun Fatimah sebagai penggalakkan kepada murid-murid Gayong wanita untuk bergerak aktif.


Diperjelaskan kepada Dato’ bahawa Sijil ini adalah merupakan satu inisiatif yang diambil oleh Lembaga Beradat Selangor kepada pemegang-pemegang bengkung Pelangi Merah, Pelangi Kuning dan Harimau Pelangi Cula Sakti berhubung dengan ilmu silat yang dipelajari. Ilmu yang diperolehi disahkan akan ketulinannya oleh Waris Zuriat (Waris Mutlak) setelah disahkan oleh gurulatih masing-masing. Dalam senario pada hari ini dan berlandaskan kepada wasit Allahyarham Dato’ Meor yang mengisytiharkan bahawa bengkung pelajaran yang tertingi ialah bengkung Harimau Pelangi Cula Sakti Cula (HPCS) VII. Bengkung ini milik Aku, dan hanya keturunan Aku yang akan mewarisinya. Dengan autoriti ini, Dato Mahaguru telah mengiktiraf pemegang-pemegang bengkung HPCS VI pada zamannya. Pada hari ini di Selangor terdapat ramai pesilat (gurulatih) sudah mencapai bengkung HPCS dan tidak berkesempatan pula diiktiraf oleh Allahyarham Dato’ Meor. Justeru Lembaga Beradat Selangor merujuk kepada Dato’ Paduka Hajah Fadzilah yang merupakan pemegang autoriti yang diwariskan. Dengan bermurah hati dan ingin menyaksikan Silat Seni Gayong berkembang Dato’ Hajah bersetuju dan menyokong pelaksanaan acar yang dibentang kepadanya.


Dalam melaksanakan acara ini, pengiktirafan yang diberi adalah atas bengkung yang dipegang oleh murid-murid Silat Seni Gayong. Ia bukan acara menaikan bengkung mana-mana murid yang menyertai acara yang akan diadakan nanti. Penyertaannya diperluaskan kepada murid-murid di luar Selangor dan juga kepada mana-mana murid yang berguru dengan pelajaran yang bersumberkan dari Dato’ Meor. Dengan semangat berlapang dada dan berbaik sangka, persoalan murid yang datang tidak dibataskan dari aliran Gayong mana. Dari rekod penyertaan yang terkumpul kini, kelihatan bibit-bibit penyatuan atas nama adat Gayong sedang berlaku. Semoga bibit ini bercambah dan mekar.

3 Nov 2019




Bagi mengendalikan dana yang terkumpul melalui kegiatan adat seperti kerja-kerja cetakan sijil, yuran acara Perlimau, yuran acara Penyampaian Sandang, yuran kursus adat dan sebagainya, maka telah diwujudkan akaun simpanan yang dikendalikan oleh Penolong Bendahari Lembaga Beradat Kebangsaan (Mohd Shahrul Azuan Mohd Said). Penggunaan akaun ini dipersetujui di Mesyuarat LBK Kali ke 6 pada 12 Okt 2019 sebagai langkah sementara menunggu untuk mengoperasikan akaun adat yang akan dibuka oleh Pentadbiran PSSGM.


Akaun yang dioperasikan ialah CIMB 76 2590923 4. Semua pengurusan adat (LBN) dan gurulatih yang mempunyai urusan dengan penyerahan dana adat kepada pengurusan pusat (LBK) hendaklah menyalurkan dana berkaitan kepada akaun yang dinyatakan. LBK juga menggalakkan mana-mana pihak yang sudi untuk menyumbang menyalurkan sumbangan yang berbentuk wang tunai kepada akaun ini.

Headline 1
bottom of page