top of page

PERKEMBANGAN SILAT GAYONG DI SELANGOR TERUS MENJADI CONTOH

5 Nov 2019


YBhg Tan Sri Muhammad Muhd Taib akan terus memimpin Badan Adat Negeri Selangor untuk 3 tahun yang akan dating. Agenda silat seharusnya berpaksikan kepada pembentukan manusia. Nilai-nilai yang diterapkan dalam pengajaran silat bukan sekadar pembentukan insan yang bersiapsiaga untuk bertempur, tetapi diperluaskan menjadi uinsan yang produktif dalam menyokong pembangunan dan permodenan negara. Katanya sebuah kereta yang cantik dan berkuasa tinggi seharusnya mempunyai pemandu yang cekap supaya sepadan dengan keupayaan kereta tersebut. Dalam hal ini Tan Sri menyarankan supaya silat berperanan untuk menyediakan menusia sedemikian rupa. Pengamal-pengamal silat mempunyai hati yang cekal, tidak tunduk kepada cabaran, bijak menyusun langkah dan mempunyai kesabaran yang tinggi. Nilai-nilai adalah merupakan aset kepada pemimpin dan pekerja yang cemerlang.


Rombongan Badan Adat Negeri Selangor yang diterajui oleh YBhg Dato’ Haji Zainal Sakom, memaklumkan kepada YBhg Tan Sri akan hajat untuk mengekalkannya sebagai Imam Khalifah Selangor. Acara permasyhuran semula akan jawatanya diadakan pada 24 Nov 2019 di Hotel Tun Fatimah, Melaka. Walaupun pada respon awalnya Tan Sri seakan-akan menolak, namun akhirnya memaklumkan beliau bersedia untuk hadir di majlis yang akan diadakan. YBhg Tan Sri bersetuju akan pandangan supaya struktur adat perlu diperkasakan kerana ia merupakan foundation kepada pembentukan kualiti manusia yang akan dilahirkan melalui aktiviti silat. Adat harus diletak sebagai arkitek dan jurutera kepada human capital development negara.

bottom of page