top of page

BERITA

16 Okt 2019


Semua pemegang jawatan adat samada atas sebab menerima sandang berjawatan atau memegang jawatan pentadbiran dalam organisasi adat dipersetujui supaya menanda tangan dokumen Aku Janji. Selain dari menerima surat lantikan seseorang penerima jawatan atau sandang berjawatan hanya sah diiktiraf jika dokumen tersebut sempurna ditandatangani. Dasar ini akan berkuatkuasa bermula dari 1 Januari 2020.

Mesyuarat LBK pada 12 Okt 2019 yang lalu memaklumkan bahawa LBK bertanggungjawab untuk memantau perkara ini bagi jawatan-jawatan utama adat (pada peringkat pusat dan pada peringkat negeri bagi jawatan Imam Khalifah sehingga ke jawatan Khalifah Besar termasuk Pengerusi Lembaga Beradat dan Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri). Manakala lain-lain jawatan dan pemegang sandang berjawatan pada peringkat negeri adalah tanggungjawab LBN. Dengan pelaksanaan dasar ini, semua pemegang jawatan selain dari menerima surat lantikan, hendaklah memastikan juga menanda sijil Aku Janji sebagai pengiktirafan rasmi jawatan yang disandang.


LBK akan membekalkan sijil Aku Janji kepada semua peringkat pengurusan yang melaksanakan dasar yang dinyatakan.

15 Okt 2019



Bagi memantapkan pengurusan LBK, mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju penubahan biro-biro Kewangan, Pembangunan, Sandang dan Tadbir disamping meneruskan biro Majlis Perlimau Kebangsaan. Dengan menubuhan biro-biro ini maka LBK akan melepaskan tanggungjawab urusan mengendalikan perkara-perkara mengikut bidang yang dinyatakan. Pihak biro akan diminta membentang laporan masing-masing dalam mesyuarat yang diadakan oleh LBK dari semasa ke semasa.

Pegawai-pegawai berikut dilantik untuk mengendali biro-biro yang ditubuhkan. Namun demikian beberapa jawatan masih dalam pertimbangan untuk dinamakan.


Sandang - En Md Ezhar Abass - Pengerusi

En Muhammad Akramin Zikri Ali - Timb. Pengerusi

Kewangan - En Syarizal Dato Maizan - Pengerusi

- En Mohd Sharul Azuan Mohd Said - Timb. Pengerusi


MPK - Haji Mohd Sani Morni - Pengerusi

- Encik Ibrahim Rejab - Timb Pengerusi


Tadbir - Dr Mior Badrulhisham - Pengerusi

- tiada calon - Timb Pengerusi


Pembangunan - tiada calon - Pengerusi

tiada calon - Timb Pengerusi

14 Okt 2019

Semua LBN diminta untuk mula menjadualkan mesyuarat dan aktiviti masing-masing bagi tahun 2020. LBN hendaklah merujuk kepada takwim yang disediakan oleh LBK yang telahpun disediakan bagi tempuh 2019-2021. LBN hendaklah memberi tumpuan kepada aktiviti mesyuarat pada peringkat masing-masing kerana aktiviti ini adalah merupakan nadi kepada sebarang pergerakan sesebuah organisasi. Kegagalan mengadakan mesyuarat akan mengakibatkan komuniti silat (Silat Seni Gayong) tidak melihat pergerakan adat sebagai relevan dan akhirnya mengakibatkan autoritinya akan terhakis sehingga menidakkan fungsinya dalam pengurusan Silat Seni Gayong.


Keadaan ini telah berlaku dibeberapa buah negeri, dan telah menimbulkan pertikaian yang tidak diundang (unnecessary). Dalam hal ini badan adat harus mengambil tanggungjawab kenapa salah faham sebegini berlaku daripada menuding orang lain.

Headline 1
bottom of page