top of page

LEMBAGA BERADAT NEGERI DIMINTA MENYEDIAKAN TAKWIM 2020

14 Okt 2019

Semua LBN diminta untuk mula menjadualkan mesyuarat dan aktiviti masing-masing bagi tahun 2020. LBN hendaklah merujuk kepada takwim yang disediakan oleh LBK yang telahpun disediakan bagi tempuh 2019-2021. LBN hendaklah memberi tumpuan kepada aktiviti mesyuarat pada peringkat masing-masing kerana aktiviti ini adalah merupakan nadi kepada sebarang pergerakan sesebuah organisasi. Kegagalan mengadakan mesyuarat akan mengakibatkan komuniti silat (Silat Seni Gayong) tidak melihat pergerakan adat sebagai relevan dan akhirnya mengakibatkan autoritinya akan terhakis sehingga menidakkan fungsinya dalam pengurusan Silat Seni Gayong.


Keadaan ini telah berlaku dibeberapa buah negeri, dan telah menimbulkan pertikaian yang tidak diundang (unnecessary). Dalam hal ini badan adat harus mengambil tanggungjawab kenapa salah faham sebegini berlaku daripada menuding orang lain.

bottom of page