top of page

SEMUA PEMEGANG JAWATAN ADAT DIKEHENDAKI MENANDA TANGAN SIJIL AKU JANJI

16 Okt 2019


Semua pemegang jawatan adat samada atas sebab menerima sandang berjawatan atau memegang jawatan pentadbiran dalam organisasi adat dipersetujui supaya menanda tangan dokumen Aku Janji. Selain dari menerima surat lantikan seseorang penerima jawatan atau sandang berjawatan hanya sah diiktiraf jika dokumen tersebut sempurna ditandatangani. Dasar ini akan berkuatkuasa bermula dari 1 Januari 2020.

Mesyuarat LBK pada 12 Okt 2019 yang lalu memaklumkan bahawa LBK bertanggungjawab untuk memantau perkara ini bagi jawatan-jawatan utama adat (pada peringkat pusat dan pada peringkat negeri bagi jawatan Imam Khalifah sehingga ke jawatan Khalifah Besar termasuk Pengerusi Lembaga Beradat dan Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri). Manakala lain-lain jawatan dan pemegang sandang berjawatan pada peringkat negeri adalah tanggungjawab LBN. Dengan pelaksanaan dasar ini, semua pemegang jawatan selain dari menerima surat lantikan, hendaklah memastikan juga menanda sijil Aku Janji sebagai pengiktirafan rasmi jawatan yang disandang.


LBK akan membekalkan sijil Aku Janji kepada semua peringkat pengurusan yang melaksanakan dasar yang dinyatakan.

bottom of page