top of page

BERITA

14 Okt 2019



Mesyuarat LBK pada 12 Okt 2019 telah dimaklumkan bahawa pihak urus setia LBK telah membangunkan laman web www.gayongadat.com untuk mempercepatkan penyampaian maklumat adat kepada komuniti Gayong Malaysia dan masyarakat dalam dan luar negara. Laman web yang dikendalikan oleh PSSGM didapati tidak dapat memenuhi keperluan ini. Banyak perkara yang hendak dimaklumkan kepada ahli dan masyarakat umum tidak disalurkan atau lambat disalurkan sehingga menjejaskan prestasi penerimaan ahli dan masyarakat terhadap Silat Seni Gayong.


Bagi menambah baik penyebaran maklumat Silat Seni Gayong, mesyuarat menerima saranan untuk membuka akaun YouTube. Kandungan YouTube ini akan menumpukan kepada hal-hal adat bagi tujuan mendidik murid Silat Seni Gayong dan masyarakat perkara-perkara yang berkaitan. Segmen-segmen yang ditayangkan akan dipautkan dengan web gayongadat untuk memudah dan melicinkan sesiapa sahaja yang berhasrat untuk merujuk kepada media ini. Dijangka laman web ini dan YouTube akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Disember 2019. Tempat dan Tarikh akan dimaklumkan

13 Okt 2019



Mesyuarat LBK Kali ke 6 pada 12 Okt 2019 telah menerima cadangan bagi tujuan meningkatkan dan melicinkan pengurusan perlantikan pemegang jawatan adat pada semua peringkat (pusat dan negeri), dipeersetujui supaya tempoh perkhidmatan diperkenalkan. Semua jawatan diberikan tempuh lantikan 3 tahun, manakala jawatan Ahli Lembaga Waris Amanah pada tempuh 5 tahun. Lanjutan lantikan boleh dilakukan untuk penggal berikutnya jika Badan Adat Negeri berpuas hati dengan prestasi pemegang jawatan bagi jawatan pada peringkat negeri. Manakala jawatan Ahli Lembaga Waris Amanah pula dirujuk kepada Waris Mutlak untuk lanjutan tempuh atau penamatan lantikan.

Dasar ini walau bagaimanapun tidak terkena kepada pemegang-pemegang jawatan yang dilantik oleh Allahyarham Dato’ Meor, kecuali pemegang jawatan memaklumkan untuk menarik diri atau disabitkan kesalahan jenayah oleh mahkamah atau kematian. Jika ini berlaku maka lantikan baru bagi mengisi jawatan akan menggunapakai dasar yang dinyatakan.

11 Okt 2019



Persidangan Agong PSSGM kali Ke 6 pada 5 Okt 2019 telah bersetuju supaya usul melantik Pengerusi Lembaga Waris Amanah tidak dibincangkan didalam persidangan. Penolakkan ini yang dikemukan oleh Cgu Abdul Rahim Misrom, PSSGM Pahang adalah atas dasar bahawa Persidangan yang diadakan adalah forum Pentadbiran PSSGM yang jelas tidak mempunyai kuasa untuk membincangkan isu pengurusan Adat. Lagi pula Lembaga Waris Amanah adalah badan yang tertinggi dalam pengurusan Silat Seni Gayong. Tingkahlaku anggotanya sentiasa menjadi contoh kepada semua pengringkat pengurusan dan murid Gayong.


Sebaiknya hal perlantikan Pengerusi Lembaga Waris Amanah dibincang dan diputuskan dalam persidangan badan tersebut Bersama dengan Waris Mutlak. Lagi pula Tuan Haji Mohd Anuar Abdul Hamid, Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan, merangkap Ahli Lembaga Waris Amanah menjelaskan bahawa Lembaga brerkenaan adalah mewakili badan tubuh Dato’ Meor Abdul Rahaman. Hanya apabila kesepakatan keseluruhan ahli Lembaga, sebarang keputusan dibuat. Ia merupakan satu unit (dianggotai oleh 7 orang) yang membuat keputusan. Pengerusi dalam persidangannya dilaksanakan secara bergilir-gilir berdasarkan kepada isu atau kes yang dibincang.


Headline 1
bottom of page