top of page

KURSUS PEGAWAI PELAPIS PERLIMAU

3 Ogos 2019


Lembaga Beradat Kebangsaan telahpun melaksanakan Fasar I Kursus Pegawai Pelapis Perlimau pada 27 Julai 2019 di Taman Melawati. Kursus ini dianjurkan sebagai usaha pihak Majlis Perlimau Kebangsaan program succession disamping menyediakan pegawai-pegawai pembantu dalam menjalani acara perlimau apabila terdapat keperluan mendesak yang datang bertalu-talu dari sesuatu kawasan. daerah atau negeri.


11 orang gurulatih yang mengikuti kursus ini telah diingatkan bahawa mereka hanya bertugas apabila diminta oleh wakil perlimau yang telah menerima watikah meminta bantuan dan membenarkan mereka memimpin dan mengendali acara. Mereka hanya diberi watikah apabila Lembaga Beradat Negeri mencadang dan menyokong lantikan. Permohonan lantikan dimajukan kepada Lembaga Beradat Kebangsaan untuk pertimbangan.


Walaupun tawaran telah dikemukakan kepada semua negeri, naman yang menghantar pesert hanyalah dari Perak, Kuala Lumpur dan Selangor. Kursus telah dibimbing oleh Cikgu Md. Ezhar Abas. Peserta kursus kini melalui Fasa II dimana mereka diperlukan untuk berada dimedan bagi memerhatikan pelaksanaan acara yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai perlimau yang bertugas sebelum mengikuti Fasa III, iatu ujian pada bulan Disember 2019.

bottom of page