top of page

PROSIDUR LANTIKAN MEMEGANG JAWATAN ADAT

5 Dis 2019

Bagi mengemaskinikan lantikan ke jawatan adat, semua pemegang jawatan akan menerima 2 (dua) dokumen asas sebagai rujukan. Dokumen-dokumen ini ialah surat lantikan dan dokumen Aku Janji. Sebaik sahaja seseorang itu ditunjuk untuk memgang jawatan, maka surat lantikan akan dikeluarkan dengan menyatakan perkara-perkara berikut:

  1. tarikh bermula dan tamat tempuh

  2. proses perlantikan semula atau menyambung perkhidmatan


Seseorang yang ditawarkan lantikan dikehendaki menyatakan persetujuannya dengan menanda tangan sijil Aku Janji. Sijil berkenaan menjelaskan 10 (sepuluh) perkara asas untuk dipatuhi oleh seseorang penjawat jawatan adat yang jika disabit boleh menyebabkan jawatan yang disandang akan ditamatkan. Setiap jawatan yang disandang dikehendaki mempunyai kedua-dua dokumen ini sebagai pengesahan menjalankan perkhidmatan.

Semua jawatan utama pada peringkat kebangsaan dan negeri akan disokong dengan dokumen yang dikeluarkan oleh Lembaga Beradat Kebangsaan. Jawatan-jawatan ini termasuklah jawatan-jawatan berikut:

  1. Imam Khalifah Agong

  2. Timbalan Imam Khalifah Agong

  3. Imam Khalifah Negeri

  4. Timbalan Imam Khalifah Negeri

  5. Kipas Emas Kebangsaan

  6. Kipas Emas Negeri

  7. Khalifah Besar

  8. Pengerusi dan ahli jawatankuasa Lembaga Beradat Kebangsaan

  9. Pengerusi dan ahli jawatankuasa Majlis Gurulatih Kebangsaan

  10. Pengerusi Lembaga Beradat Negeri

  11. Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri

Manakala jawatan-jawatan adat negeri akan disokong dengan dokumen yang dikeluarkan oleh Lembaga Beradat Negeri. Jawatan-jawatan ini termasuklah jawatan-jawatan berikut:

  1. Ahli-ahli jawatankuasa Lembaga Beradat Negeri

  2. Ahli-ahli jawatankuasa Majlis Gurulatih Negeri

  3. Khalifah Kanan sehingga ke Khalifah Muda

Sijil Aku Janji tamat dirujuk kepada surat lantikan ke jawatan seseorang yang memegang jawatan berkaitan. Jika seseorang itu dilantik untuk menyambung perkhidmatnya, maka sebuah surat lantikan baru akan dikeluarkan bersama dengan sijil Aku Janjinya. Lembaga Beradat Kebangsaan dan Lembaga Beradat Negeri bertanggungjawa menyelia, mengawal dan melaksana dasar ini.

bottom of page