top of page

BERITA

11 April 2020


Dengan arahan Perintah Kawalan Pergerak (PKP) sedang berkuatkuasa pada hari ini dan dijangka sehingga ke 28 Arpil 2020, aktiviti Silat Seni Gayong seperti latihan, mesyuarat dan perjumpaan-perjumpaan terhenti. Keadaan ini akan memberi kesan kepada komitmen dan minat murid sekiranya jika tiada inisiatif yang diambil oleh para pengurus dan gurulatih untuk menyemarakkan semangat mereka dan memberikan gambaran bahawa aktiviti gelanggang dan pengurusan akan berada pada tahap up and running apabila arahan PKP ditamatkan.


Walau bagaimanapun adalah dijangka walaupun arahan PKP ditamatkan. Namun langkah berjaga-jaga bagi mengekalkan wabak COVID 19 tidak lagi memberi ancaman kepada kesihatan masyarakat, pihak berkuasa akan meneruskan dasar social distancing seberapa ketika. Pihak Lembaga percaya SOP bagi kegiatan yang melibatkan perhimpunan akan diwujudkan oleh pihak berkuasa. Justeru latihan dan mesyuarat pasti akan terus terkesan. Untuk mengawal keadaan agar minat dan kemitmen murid dan ahli terus meninggi, maka disarankan supaya:


Latihan

Galakkan murid-murid terus menjalankan latihan di rumah masing-masing. Tumpukan kepada latihan senaman memanaskan badan (regangan dan kelenturan, peningkatan power dan stamina, dan kepantasan dan ketepatan sasaran) dengan kemudahan-kemudahan yang ada di rumah. Manakala gerakan silat hendaklah menumpukan kepada silibus gerakan asas dan gerakan golongan.


Pengurusan

Hal-hal pengurusan seperti edaran maklumat dan perbincangan ringkas boleh dilakukan dengan membuat panggilan telefon, video call atau multiple video call (video conferencing), whatsapp, website dan e-mail. Laman web gayongadat.com boleh menimbang kan untuk membantu jika ada keperluan dan permintaan dalam urusan ini.


Wabak COVID 19 ini hanyalah ujian, bukan penghalang. Yang menjadi penghalang ialah diri kita….soalnya mahu atau tidak mahu melakukannya.


10 April 2020


Bagi menjelaskan kaedah pelaksanaan sesuatu dasar, lazimnya Lembaga Beradat Kebangsaan akan mengeluarkan surat pekeliling yang disebut sebagai Surat Pekeliling Adat. Selain dari meletakkan tarikh surat format surat ini di daftarkan mengikut nombor siri bilanganj pengeluarannya untuk memudahkan rujukan. Amalan pengeluaran surat pekeliling ini telah bermula semenjak tahun 2017. Surat tersebut di alamatkan kepada Setiausaha LBN atau Pengerusi LBN, dan dimnta untuk dipanjangkan kepada semua gurulatih.


Untuk membantu sebarannya, LBK juga memuatkan salinan surat pekeliling ini dalam website gayongadat.com (halaman – Surat Pekeliling Adat). Salinan ini boleh dimuat turun untuk cetakan. Surat Pekeliling Adat terbaru ialah SPA BIL:


1/2020 - Lantikan Jawatan Adat

2/2020 - Perlantikan Pegawai Adat Majlis

3/2020 - Tatacara Perlantikan Pegawai Adat

4/2020 - Kaedah Pemakaian Sandang

5/2020- Menjaga Adab Dalam Majlis


Headline 1
bottom of page