top of page

BERITA

30 Ogos 2026



GOMBAK, 30 Ogos 2026 – Persilat GLG Al-Husna dan Semerbak yang dipimpin oleh Cikgu Ahmad bersama Tuan Haji Rahim Kasdi, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, telah menyertai program Sambutan Ambang Kemerdekaan yang berlangsung di Sungai Pusu, Gombak.


Seramai 11 orang peserta, termasuk Cikgu Ahmad, hadir memeriahkan sambutan yang turut menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.


Program tersebut turut disertai oleh warga Kolej Vokasional Gombak, sekali gus memberikan ruang kepada generasi muda untuk bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dan menghargai perjuangan membangunkan negara.


Penyertaan Persilat GLG Al-Husna dan Semerbak mencerminkan komitmen warga persilatan dalam menyokong program kemasyarakatan serta menyemarakkan semangat Malaysia MADANI dan cintakan tanah air.

15 Ogos 2026



Akademi SSG Pulau Pinang telah menganjurkan Ujian Kenaikan Bengkung selama dua hari, iaitu pada Sabtu, 15 Ogos 2026 dan Ahad, 16 Ogos 2026.


Ujian yang berlangsung dalam empat sesi itu melibatkan gelanggang, SMKAP Al-Mashoor dan SMKPSM, dengan penyertaan seramai 569 peserta.


Ujian ini turut melibatkan empat orang penguji dari Kelantan yang menjalankan penilaian terhadap para peserta berdasarkan tahap dan kemahiran yang ditetapkan.


Penganjuran ujian ini mencerminkan komitmen Akademi SSG Pulau Pinang dalam memastikan perkembangan kemahiran, disiplin serta tahap penguasaan seni silat dalam kalangan pesilat dilaksanakan secara tersusun dan berterusan.

15 Ogos 2026


Putra Nilai Convention Hall



Kelab Silat Seni Keris Legasi (KSSKL) telah menganjurkan Majlis Penganugerahan Sandang KSSKL pada 15 Ogos 2026 bertempat di Putra Nilai Convention Hall, dengan kerjasama Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR (PWK ADMAR).


Majlis tersebut menyaksikan kira-kira 35 orang penerima menerima pelbagai kategori sandang kehormat, perjawatan dan kegurulatihan, antaranya Seri Pelangi, Seri Cahaya Pelangi, Seri Relang Pelangi, Seri Cula Pelangi, Panglima Amanah Sakti, Panglima Pelangi Hitam dan Mahkota Bintang Pelangi.


Majlis turut dihadiri tetamu kehormat utama, Yang Berbahagia Cikgu Siti Zubaidah Binti Hussin dan Cikgu Mufti Al-Ansari, selain barisan PWK ADMAR, tenaga pengajar, jurulatih, pesilat, ibu bapa serta para jemputan.


Antara pengisian majlis ialah nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Gayong, bacaan doa, ucapan, penyampaian sandang dan cenderamata, persembahan Silat Seni Gayong, sesi bergambar serta jamuan.


Penganugerahan ini merupakan tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada individu yang telah memberikan sumbangan dalam aspek kepimpinan, kegurulatihan, pembangunan pesilat dan perkembangan Silat Seni Gayong, khususnya melalui KSSKL.

Headline 1
bottom of page