top of page

BERITA

24 Jan 2020


Pemegang jawatan adat seelok-eloknya tidak bertindan, iaitu memegang lebih dari satu jawatan terutamanya yang melibatkan pemakaian sandang. Jika seseorang itu dilantik memegang jawatan yang lebih tinggi dan melibatkan penganugerahan sandang, sebaik-baiknya jawatan yang disandang dilepaskan dan diganti dengan dengan orang lain yang mempunyai kelayakan yang bersesuaian. Ini adalah bertujuan untuk mengelak berlakunya konflik fungsi dan dalam masa yang sama tidak memberi ruang mewujudkan suasana latih dan pimpin generasi baru. Ia juga menidakkan ruang meluas dan meramaikan lagi pelapis-pelapis yang satu masa nanti akan memimpin organisasi.


Sedar atau tidak jika amalan ini tidak dilakukan kita akan ketandusan pemimpin, dan akhirnya terdapat vacuum (kelompongan) pimpinan. Apabila seseorang itu diangkat untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi, bermakna fungsi dan tanggungjawabnya berubah. Ruang pemikirannya perlu lebih luas dan sentuhannya tidak bersifat mikro lagi. Ia seperti sesorang menaiki helikopter, lagi tinggi helikopter itu naik maka lagi luas pemandangan orang itu. Tanggungjawabnya beralih kepada memimpin dan membimbing serta menasihat dan mendidik, dia tidak lagi berperanan sebagai mengurus dan melaksana.


Melihat akan keperluan ini agar dapat diterjemahkan, maka Lembaga Beradat Kebangsaan akan menganjurkan dasar supaya penjawat jawatan adat tidak memegang dua jawatan dalam sesuatu masa yang sama. Langkah ini akan melahirkan bagi mewujudkan hirarki fungsi, pemutus dasar, penggubal dasar, pengurus (pengawal) dasar dan pelaksana dasar.

23 Jan 2020

Langkah-langkah berikut telah diambil disepanjang tahun 2014-2019 untuk meningkatkan keberkesanan dan signifikan bidang adat Silat Seni Gayong Malaysia oleh Lembaga Beradat Kebangsaan:


  • Menerbit buku Panduan Adat-Istiadat

  • Mewujudkan sistem kod pakaian

  • Mengemaskan kriteria sistem penyampaian dan penganugerahan sandang

  • Memperkenalkan siri panduan pentadbiran pengurusan adat melalui Surat Pekeliling Adat

  • Memantau dan memberi panduan pelaksanaan penyampaian sandang pada peringkat negeri

  • Mengendalikan majlis penyampaian sandang dan watikah Wakil Perlimau peringkat kebangsaan

  • Mewujudkan biro-biro pengurusan adat (Majlis Perlimau Kebangsaan, Sandang, Pembangunan dan Kewangan)

  • Menyelaras dan mengurusetiakan Persidangan Ahli Lembaga Waris Amanah

  • Memperkenal dan melaksanakan sijil Aku Janji

  • Mewujudkan Laman web gayongadat.com

  • Mengemaskan struktur dan fungsi Badan Adat Kebangsaan dan Negeri

  • Mengukuhkan saluran arahan kerja dari peringkat kebangsaan ke pengurusan adat negeri

  • Mewujud dan melantik Pegawai Adat Negeri

  • Membina dan membangunkan modul latihan pegawai adat pada peringkat kebangsaan dan negeri

  • Menganjur dan mengendali kursus-kursus pegawai adat dan pegawai (pelapis) Wakil Perlimau

22 Jan 2020

Minit mesyuarat harus ditulis dan dipersembahkan mengikut format dan aturan protokolnyanya. Bermula dari sebuah catatan, kemudiannya diformatkan dalam aturan yang mudah dibaca dari aspek ayat dan bahasanya, dan aliran (flow) catatannya. Oleh kerana itulah lazimnya agenda mesyuarat ditetapkan seperti berikut untuk tujuan yang dinyatakan:

  1. Ucapan Aluan Pengerusi

  2. Pembentangan dan meluluskan minit mesyuarat yang lalu

  3. Perkara berbangkit dari minit

  4. Pembentangan laporan

  5. Hal-hal lain.

Agenda ini dijadikan sebagai sub tajuk kepada penulisan minit. Sebaiknya sub tajuk tidak diberikan nombor siri tetapi memadai hanya merakamkanya atas nama tajuk besar kepada isu-isu yang dibincang. Paragraf yang membincangkan isu atau memaklumkan isu sahaja yang diberikan nombor. Ini akan memudahkan rujukan ketika mesyuarat dilaksanakan. Contohnya:



Headline 1
bottom of page