top of page

BERITA

16 Jan 2020

Tempuh sesuatu jawatan adat pada peringkat negeri ialah 3 tahun dan tempuh pada peringkat kebangsaan (pusat) ialah 5 tahun. Perlantikan kebelakangan ini telah mula melaksanakan dasar yang dinyatakan. Kini pengurusan LBK sedang mengendali isu pegawai-pegawai yang dilantik terdahulu dan kini sudah memegang jawatan melebehi dari tempuh yang dinyatakan.


Justeru untuk itu LBK mengambil ketetapan supaya pegawai-pegawai yang tergolong dalam kumpulan ini akan tamat tarikh perhidmatan mereka pada 31 Dis 2020. Surat lantikan akan dikeluarkan oleh pihak LBK untuk membolehkan pegawai-pegawai meneruskan perkhidmatan mereka pada penggal berikutnya. Lantikan semula ini akan dirujuk kepada Lembaga Beradat Negeri (LBN) bagi mendapat maklumat melanjutkan perkhidmatan pegawai atau mengganti yang baru dengan merujuk Badan Adat Negeri (BAN) masing-masing.


Dasar ini juga adalah terpakai kepada pemegang jawatan-jawatan adat negeri, iatu bermula dari jawatan Waris Beradat sehinggalah ke Khalifah Muda. Dalam hal ini, LBN lah yang bertanggungjawab mengeluarkan surat lantikan dan menyampaikan sijil Aku Janji kepada pegawai-pegawai yang berkaitan. Diingatkan bahawa penamatan memegang jawatan tiada kaitan dengan pengguguran sandang. Sandang yang dimiliki oleh seseorang kekal walaupun tidak lagi memegang jawatan. Mereka dibenarkan memakai sandang di acara dan di majlis adat, dan hendaklah diaturkan tempat duduk mereka dengan mengambilkira kekananan sandang.

12 Jan 2020


ree

5 orang Ahli Lembaga Waris Amanah bagi tahun perkhidmatan 2020-2025 telah di masyhurkan pada 11 Jan 2020 di KL International Hotel. Walaupun telah dinamakan seramai 7 orang pegawai kanan Silat Seni Gayong Malaysia untuk memegang jawatan tersebut, namun 2 orang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pihak pengurusan Badan Adat Kebangsaan memutuskan supaya tidak memaklumkan nama kedua-dua pegawai berkenaan di majlis tersebut. Mereka yang dilantik dan menerima watikah masing-masing ialah:


  1. Datuk Paduka (Dr) Ishak Hassan

  2. Dato’ Ismail Jantan

  3. Md Ezhar Abas

  4. Haji Ibrahim Yasok

  5. Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid

Di majlis ini Hajah Siti Fadzillah Dato’ Meor Abdul Rahman turut berkenan untuk menyampaikan watikah kepada 4 orang Wakil Perlimau dan menyandangkan Imam Khalifah Kuala Lumpur Putrajaya bersama dengan Khalifah Besar serta 3 orang Ketua Beradat Negeri Selangor. Penerima sandang ialah:

  1. Imam Khalifah KL & Putrajaya - En Abdul Rais Abdul Rahman

  2. Khalifah Besar Selangor - Ramli Teh Naman

  3. Ketua Beradat Selangor - Mohd Saifudin Mohd Said Mohd Farhan Jalil Muhamad Radhi Abd Jamil

8 Jan 2020

Berdasarkan kepada prestasi perbelanjaan 2019, LBK mengangarkanbelnjawan tahun 2020 ialah berjumlah RM 14,151 iaitu kenaikan sebanyak 14 %. Kenaikan perbelanjaan ini adalah antara lainnya untuk mebiayai kos mesyuarat Ahli Lembaga Waris Amanah, exco LBK dan LBK Pusat dan selain dari membiayai acara-acara adat pada peringkat kebangsaan. Lain-lain perbelanjaan adalah untuk tujuan pentadbiran (fotostat, cetak sijil dan penyelenggaraan web gayongadat.com).


Sumber pembiayaan untuk pengurusan dan aktiviti 2020, sepertimana tahun 2019, adalah dari sumbangan dan yuran aktiviti-aktiviti yang dianjurkan atau kerjasama dengan pihak negeri. Setelah beberapa kali seruan dibuat oleh pihak LBK (melalui surat pekeliling adat dan laman web) mengenai pelaksanaan sijil-sijil adat dan Aku Janji, maka dijangkakan dana Tabung Adat dapat ditingkatkan untuk tujuan pembiayaan urusan yang dinyatakan melalui caj yang dikenakan kepada bekalan sijil-sijil (Perlimau, aktiviti adat, sandang dan pengurusan adat).


Butiran perbelanjaan dan pengurusan dana dalam Tabung Adat boleh dirujuk dalam laman web di halaman Kewangan. LBK mengharapkan dengan ketelusan pengurusan dana akan dapat meningkatkan rasa tanggungjawab murid, gurulatih, Wakil Perlimau dan pengurusan badan adat menjayakan usaha yang dilakukan supaya Silat Seni Gayong dapat digerakkan dengan lebih selesa.

Headline 1
bottom of page