top of page

BERITA

4 April 2021


Persidangan telah dilaksanakan pada 27 Mac 2021. Tuan Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid, telah mempengerusikan Persidangan tersebut. Melalui ucapan alu-aluan, Tuan Haji Anuar berharap persidangan ini diharapkan akan terus menerus menjadi platform dalam usaha membawa organisasi ke tahap yang lebih baik. Pengurusan organisasi perlu berlandaskan kepada sikap sentiasa bergerak ke hadapan (moving forward). Sebarang isu yang timbul hendaklah dilihat sebagai cabaran, tetapi bukan sebagai halangan. Dengan demikian ahli-ahli diminta hendaklah bersedia menerima perubahan, berlapang dada dengan cadangan dan saranan baru dan meraikan usaha mempertingkatkan pengurusan yang semerta, cekap dan berintegriti.


Seperti persidangan yang lalu pihak pengurusan masih mengekalkan dasar supaya sebarang laporan hendaklah dibuat secara bertulis, bagi mengemukakan sebarang makluman dan cadangan. Ini akan membolehkan rujukan dibuat bagi maksud rekod dan tindakan selanjutnya dengan lebih tepat.


Persidangan kali ini terpaksa diadakan secara sidang video memandangkan usia para ahli hampir kesemuanya berumur 60 tahun ke atas. Pada umur ini risiko jangkitan covid 19 amat tinggi, dan sukar untuk pulih dengan segera.


Persidangan diminta untuk mengambil maklum dan mempertimbangkan dasar baru yang dicadangkan. Ahli persidangan diminta untuk menimbangkan maklumbalas pindaan atau bersetuju tanpa pindaan dalam tempuh 14 hari kertas kerja berikut:.


  • Grand Design Pembangunan dan Perluasan Silat Seni Gayong

  • Menyambung dan menghubung kerja

  • Penubuhan Perbendaharaan Pusat

17 Mac 2021



Status kutipan dana Projek Taiping telah dimuatnaik dalam web gayongadat.com di laman Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia/Projek Taiping. Melalui usaha yang telah diambil oleh pihak uru setia telah mendapat komitmen seramai 26 orang gurulatih dan murid Silat Seni Gayong untuk memberi sumbangan setakat hari ini. Dari jumlah ini seramai 15 orang telah menyampaikan sumbangan masing-masing (56%).


Urus setia juga telah Berjaya mengumpulkan senari nama gelanggang-gelanggang dari beberapa buah negeri bagi tujuan menawarkan peluang menyumbang kepada usaha menjayakan projek. Setakat ini sebanyak 150 buah gelanggang telah dapat disenaraikan. Namun begitu pihak urus setia maklum bahawa masih ada lagi gelanggang yang tidak tersenarai. Pihak-pihak yang berkaitan (SU PSSGM Negeri/ dan SU Majlis Gurulatih Negeri) diminta untuk memaklumkan perkara ini kepada urus setia dengan berapa segera supaya gelanggang-gelanggang ini juga berpeluang untuk menyampaikan sumbangan. Setakat ini hanya 4 buah gelanggang sahaja yang telah menyampaikan sumbangan (2.7%).


Dalam hubungan ini pihak Yayasan ingin menyeru kepada semua supaya dapat memainkan peranan untuk meningkatkan lagi sumbangan dana bagi menjayakan projek yang dinyatakan. Mereka yang telah menyampaikan sumbangan boleh terus menambah sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung.

12 Mac 2021


Membimbing dan mendidik anak-anak muda Melayu perlu menitikberatkan pembangunan dan pemantapan rohani. Kebelakangan ini, terdapat anak-anak Melayu murtad, dan bilangannya semakin meningkat akibat dari adanya usaha oleh pihak-pihak tertentu yang berhasrat untuk menukarkan pegangan agama bangsa Melayu selain dari Islam. Kejadian anak Melayu beralih kepada ajaran agama lain, seruan mewujudkan Islam liberal, desakan mengiktiraf golongan LGBT dan sebagainya merupakan cabaran besar akhir-akhir ini yang membawa kepada kemurkaan Allah sbt. sepertimana berlaku di Palu, Sulawesi.


Kini terdapat anak Melayu bukan sekadar murtad, bahkan dilaporkan menjadi master mind serta tenaga penyebar kefahaman yang bercanggah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Gejala ini harus dilihat sebagai perkara yang amat serius. Dilaporkan bahawa mereka yang terlibat ini adalah dalam kalangan pelajar yang berpendidikan agama Islam, malah ada yang hafiz Al Quran dan bersekolah di sekolah agama yang ternama Dimana silapnya? Jawapan kepada isu ini bukanlah sekadar mencari siapa yang salah, tetapi membetulkan langkah masing-masing supaya dapat melahirkan anak Melayu yang kukuh imannya. Ilmu perlu diikuti dengan amal dan dimantapkan dengan iman.


Kegiatan silat adalah wadah yang boleh dijadikan pilihan kerana ia melibatkan anak-anak muda bangsa Melayu bagi merungkai masalah ini. Sayangnya kegiatan yang dianjur hanya menumpu kepada ilmu persilatan walaupun mereka yang terlibat turut didedahkan kepada hal-hal yang menyentuh ajaran agama Islam seperti membaca ayat dan surah Al Quran, menerap nilai-nilai taat, setiakawan, disiplin, sabar, semangat juang, integriti dan sebagainya, tetapi hal-hal ini tidak dikupas, diterjemah serta diterapkan secara teratur. Rata-rata pencapaian pesilat dinilai dari aspek penguasaan bersilat, manakala pembangunan diri dari aspek rohani dan jatidiri diandaikan terbangun sendiri. Anak silat akhirnya tangkas bersilat tetapi rapuh dari aspek rohani dan jatidiri. Justeru tidak pelik jika mereka terlibat dengan aktiviti tidak bermoral dan lebih mengecewakan lagi apabila terlajak sehingga meninggalkan ajaran agama.


Dicadangkan supaya pengajaran silat dilihat semula supaya anak-anak Melayu dapat dibangunkan secara seimbang, kuat jati dirinya dan tangkas langkahnya. Unsur-unsur pemantapan rohani diatur secara sedar dan strategik supaya semangat patriotik dan pegangan agama mereka kukuh untuk lebih bersedia mengharungi ancaman yang sedang menggugat negara dan agama Islam.

Headline 1
bottom of page