top of page

SIDANG LEMBAGA WARIS AMANAH KE 7 BERLANGSUNG SECARA SIDANG VIDEO

4 April 2021


Persidangan telah dilaksanakan pada 27 Mac 2021. Tuan Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid, telah mempengerusikan Persidangan tersebut. Melalui ucapan alu-aluan, Tuan Haji Anuar berharap persidangan ini diharapkan akan terus menerus menjadi platform dalam usaha membawa organisasi ke tahap yang lebih baik. Pengurusan organisasi perlu berlandaskan kepada sikap sentiasa bergerak ke hadapan (moving forward). Sebarang isu yang timbul hendaklah dilihat sebagai cabaran, tetapi bukan sebagai halangan. Dengan demikian ahli-ahli diminta hendaklah bersedia menerima perubahan, berlapang dada dengan cadangan dan saranan baru dan meraikan usaha mempertingkatkan pengurusan yang semerta, cekap dan berintegriti.


Seperti persidangan yang lalu pihak pengurusan masih mengekalkan dasar supaya sebarang laporan hendaklah dibuat secara bertulis, bagi mengemukakan sebarang makluman dan cadangan. Ini akan membolehkan rujukan dibuat bagi maksud rekod dan tindakan selanjutnya dengan lebih tepat.


Persidangan kali ini terpaksa diadakan secara sidang video memandangkan usia para ahli hampir kesemuanya berumur 60 tahun ke atas. Pada umur ini risiko jangkitan covid 19 amat tinggi, dan sukar untuk pulih dengan segera.


Persidangan diminta untuk mengambil maklum dan mempertimbangkan dasar baru yang dicadangkan. Ahli persidangan diminta untuk menimbangkan maklumbalas pindaan atau bersetuju tanpa pindaan dalam tempuh 14 hari kertas kerja berikut:.


  • Grand Design Pembangunan dan Perluasan Silat Seni Gayong

  • Menyambung dan menghubung kerja

  • Penubuhan Perbendaharaan Pusat

תגובות


bottom of page