top of page

BERITA

11 Mac 2020


Kejayaan Projek Taiping amat bergantung kepada sokongan semua pihak yang berhasrat untuk membina sebuah mercu tanda bagi mengingati perjuangan Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman dalam mengembangkan pengajaran Silat Seni Gayong di samping mengenangkan jasanya menyumbang kepada usaha menyatukan kepimpinan bangsa Melayu. Ramai yang menyatakan hasrat untuk mengembalikan kegemilangan silat ini terutama dalam kalangan orang-orang lama (otai) Gayong dan tidak kurangnya pula dalam kalangan anggota masyarakat yang mengikuti perkembangan Silat Gayong.


Usaha untuk mewujudkan Muzium dan Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong ini adalah merupakan antara langkah untuk tujuan ini, dan membuka ruang untuk mereka yang menyatakan hasrat ini untuk membuktikan kesungguhan masing-masing. Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia, badan yang dilantik oleh YBhg Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman, Waris Zuriat (Amanah) untuk mengendali dan menyelaraskan pembangunan mercu tanda ini menyenaraikan mereka yang berpotensi untuk menyumbang dana bagi membiayai projek ini adalah seperti berikut:


  • Gelanggang (murid) Silat Seni Gayong

  • Gurulatih Silat Seni Gayong

  • Penerima sandang kehormat Silat Seni Gayong

  • Badan kerajaan (kementerian)

  • Badan bukan kerajaan (NGO)

  • Badan perniagaan/korporat

  • Badan politik


Yayasan menyeru kepada pengurusan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Lembaga Adat-Istiadat Majlis Gurulatih dan Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR baik pada peringkat kebangsaan, negeri dan cawangan/daerah mengambil inisiatif yang bersesuaian untuk mengumpul dana yang diperlukan. Pihak Yayasan bersedia untuk membantu sekiranya memerlukan bantuan terutamanya membuat hubungan rasmi, mengeluarkan surat sokongan, pengeluaran sijil penghargaan dan sebagainya.

8 Mac 2021


Antara langkah yang diambil sebagai strategi kempen mengumpul dana Projek Taiping, sebuah jadual senarai penderma telah dibangunkan dan dimuatnaik dalam laman web gayongadat.com. Laman ini telah dimuatkan sebagai sub tajuk di Laman Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia. Jadual ini memuatkan maklumat nama orang perseorangan dan gelangang-gelangang, jumlah sumbangan yang dijanjikan dan jumlah sebenar yang dimasukkan ke akaun YKGM. Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dengan memasukkan nama-nama penyumbang baru dan juga gelanggang-gelanggan yang tidak tersenarai.


Para penderma boleh memaklumkan jumlah yang dicadang (Anggaran) sementara memperoleh Amaun Sebenar yang dimasukkan ke tabung. Sumbangan boleh dimasukkan secara berperingkat sehingga kempen pungutan ditamatkan oleh pihak penganjur. Urus Setia akan mencatatkan anggaran sumbangan sebaik sahaja menerima maklumat (via whatsapp) di jalur Anggaran, dan akan memindahkan angka tersebut apabila menerima maklumat bahawa amaun yang dijanjikan telah dimasukkan ke dalam akaun:


Dengan mengambil langkah ini, pihak urus setia menjangka semua pihak akan dapat mengikuti sendiri jumlah terkumpul dan menyegarkan komitmen semua pihak bagi mewujudkan mercu tanda Silat Seni Gayong. Dalam masa yang sama menimbulkan rasa tanggungjawab untuk meningkatkan jumlah sumbangan masing-masing.

28 Feb 2021


KBS telah mengeluarkan kenyataan panduan SOP bagi kegiatan Sukan dan Rekreasi. Disamping itu juga pihak berkenaan telah mengeluarkan FAQ (frequent ask question) bagi menjelaskan beberapa isu yang berkaitan. Walaupun perkara-perkara yang dibincangkan tidak menyentuh kegiatan silat secara langsung, namun ciri-ciri kegiatan(kegiatan fizikal berkumpulan) yang dikendalikan melalui kegiatan silat mempunyai kesamaan. Kenyataan yang dibuat sudah pasti mendapat pandangan dan kelulusan MKN (Majlis Keselamatan Negara), justeru ia boleh dirujuk oleh mana-mana pihak yang menganjurkan kegiatan berkenaan dan seumpama. Dilampirkan FAQ berkaitan:


Headline 1
bottom of page